Wednesday, December 31, 2008

RIWAYAT HIDUP ULAMA TERKENAL
ABDUL QADIR AUDAH
Al-Ustaz Abdul Qadir Audah ( al-marhum) adalah seorang putera Mesir yang hidupnya sangat sederhana, tidak suka hidup mewah dan hatinya sangat bersih, semasa mudanya, hati dan peribadinya amat anti terhadap segala kemungkaran dan kemaksiatan.
Pada tahun 1930 M ia menjadi geraduan dari kulliyah huquq (fakulti Hukum) dan beliulah satu satunya lulusan fakulti tersebut yang langsung dilantik sebagai anggota parlimen dan merengkap sebagai hakim.
Perhatiannya kepada bidang hukum lebih besar, oleh kerana itu walaupun ia sebagai anggota parlimen, namum waktunya selalu dipergunakan untuk mendamaikan segala persengketaan yang berkalu ketika itu.
Di dalam parlimen ia bertemu dengan Al-Ustaz Hasan Al-Banna yang juga menjadi anggota parlimen, pemikiran dan pendapat selalu mempunyai persamaan, iaitu dauliyyah islamyyah menjadi asas perjuangan mereka berdua.
Kemudian ada usaha-usaha dari pemerintahan sa'ad Zaghlul yang dibantu oleh inggeris untuk menjatuhkan Hasan Al-Banna, bahkan usaha jangan sampai ia terpilih lagi sebagai anggota parlimen. Maka dengan diam-diam Abdul Qadir Audah pergi bersendirian ke wilayah Ismailiyyah, disana ia berpidato dengan penuh semangat merengsang semula roh rakyat supaua mereka dapat memberi sokongan dalam pemilihan umum dengan bebas., dan ia bersedia memberikan pembelaan dan perlindungan dari segala pihak yang mengganggunya, sekalipun datangnya dari pihak pemerintah sendiri.
sebahai Hakim, Abdul Qadir Audah terkenal sebagai orang yang berani dalam menegak kebenaran dan kemited terhadap segala perkataan dan perbuatan, maka pada suatu ketika pernah diajukan kepadanya perkara yang berkaitan dengan Ikhwan Muslimin dengan pihak pemerintah, dengan tegas ia menyatakan, memutuskan bahawa sekatan sekatan yang dikenakan terhadap Ikhwan Kuslimin adalah salah yang tidak berdasarkan undang undang negara.
Tahun 1951 ia diminta oleh warga Ikhwan Muslimin supaya memusatkan perhatiannya kepada dakwah Islam dan membantu Hasan Al-Banna dalam pegerakan Ikhwan Muslimin, permintaan itu diterima oleh abdul Qadir, Semua jawatan dalam kerajaan dilepaskan, kemusian dimulainya dengan mendirikan perpustakaan yang beroriantasikan bidang perundangan atau hukum.
Maka tidak lama kemudian bintangnya terserlah sehinga mengalahkan sarjana2 undang2 lainnya. Dimasa pemerintahan Jendral Najib ia dilanti sebagai anggota Perancang Undang-Undang Nasaional Mesir, maka dengan penuh ketekunan ia berusaha untuk menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan negara,
Tahun 1953 pemerintah Libya memberi kepercayaan kepadanya untuk menggubal undang-undang dan perlembagaan negara Libya berdasarkan nas-nas Al-Quran. Tahun 1954 dengan kuasa pemerintah Gamal Abdul Nasir Mujahid terkenal ini dihukum gantung, kerana gerakan perjuangannya tidak kenal erti takut dalam menegakkan hukum Allah, hukum Al-Quran sebagai satu-satunya hukum yang kekal abadi.
Kekejaman Gamal Abdul Nasir diterimanya dengan lapang dada dan bertawakkal. Maka sewaktu keluar dari penjara untuk ke tali gantung, kelihatan wajahnya berseri seri tanda keiklasan, sebulum menjejakkan kaki ketiang pergantungan ia masih sempat meluahkan kata2 kepada sidang hadirin yang menyaksikan peristiwa kejam dan terkutuk itu dengan suntikan semangat perjuangan yang berterusan walaupun ianya sudah tiada. dalam untaian kata-kata yang terakhir itu ia menyatakan:
"Darahku akan melaknat tuan2, sedikitpun aku tidak ragu dan tidak bimbang, apakah aku mati ditempat tidur, ataukah aku mati di medan perang, aku mati ditahanan ataukah aku mati dalam kebebasan, sebab aku akan bertemu dengan Tuhanku."
Mudahan roh beliau ditempatkan ditempat yang layak, amalnya diterima Allah, sejarah perjuangannya dapat membangkitkan semangat mujahidin " diantara orang2 mukmin, ada sekelompok manusia yang benar2 telah berjanji kepada Allah untuk berjuang, diantaranya ada yang telah kembali ke Rahmat Allah dan sebahagiannya masih menanti"
(Al-Ahzab:23)

Friday, December 26, 2008

PERINGATAN MENYEKUTUKAN ALLAH DALAM
PERUNDANGAN DAN PENGADILAN

Islam sangat memberi peringatan akan perkara yang boleh terjerumus ke lembah yang hina, pengadilan dan perundangan merupakan keistimewaan (ciri khas) ilahiy. Sesiapa yang menyangkal kebenaran keistimewaan ini, bermakna ia berkonftantasi dengan keistimewaan utama Allah, samaada yang berkomfrantasi ini individu, umat atau satu organasasi tertentu. Sesesiapa yang berkonfrantasi dengan ciri khas utama Allah serta menyebabkan tidak tertegaknya keadilan mengikut perundangan Rabbaniy, maka sesungguhnya ia telah kufur kepada Allah secara terang terangan.

Allah SWT adalah zat yang Maha Pencipta, Maha Pemberi Rezki, Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan, maka sudah seharusnya Dia menjadi penguasa dalam mengatur kehidupan hamba2Nya, selain dari Allah tidak layak memiliki larangan, perintah, undang2, hokum, halal dan haram terhadap sesuatu kecuali DIA.

Al-Quran telah mejelaskan permasaalahan ini dalam bentuk Istifham inkari ( pernyataan pengingkaran) syariat dan systemNya kemudian menjelaskan cirri akidah yang rosak.Allah SWT berfirman:





أم لهم شركؤا شرعوا لهم من الدين ما لم يأذن به الله و لو لا نلمة الفصل لقضي بينهم و إن الظالمين لهم عذاب أليم

“ Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah ? sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan, dan sesunggunya orang2 yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih
( al-Syura (42): (21)

Pengarang kitab في ظلال القرئان (Syyid Qub) menyebut mengenai ayat ini “ tidak saorang pun dari mkhluqNya yang boleh membuat undang2 selain perundangan2 yang telah ditetapkan Allah SWT . Hnaya Dialah yang penggubal undang2 untuk hamba2Nya, kerana dia Maha Pencipta pentadbir sekelian alam.

Bersamaan dengan penjelasan hakikat kebenaran ini sampai pada batas tidak boleh disangkal atau dibantah, maka kebanyakan orang menolak dan berani membuat undang2 selain undang2 yang telah sedia ada dari Allah SWT. Mereka lakukan hal yang sedemikian dengan alasan memilih kebaikan untuk bangsa mereka serta menyesuaikan antara keadaan dengan undang2 yang mereka cipta sendiri. Saolah2 mereka lebih mengetahui atau lebih bijak dari Allah SWT, dimana perbuatan mereka sama sekali tidak diizinkan oleh Allah SWT.



Nabi s.a.w telah menjelaskan bahawa patuh atau taat kepada para ulama dan umara dalam pengharaman sesuatu yang dihalalkan Allah SWT atau penghalalan sesuatu yang diharamkan Allah SWT atau mengikuti mereka dalam batas yang tidak disyariatkan, tidak lain merupakan penyembahan terhadap mereka.

Dari Adi bin Hatim, sesungguhnya ia memdengar Nabi s.a.w membaca ayat ini.

اتخذوا أحبارهم و رهبانهم من دون الله و المسيح ابن مريم وما أمروا إلا ليعبدوا إلها واحدا لا إله إلا هو سبحانه عما يشركون
" Mereka menjadikan orang2 alimnya dan rahib2 mereka sebagai tuhan selain Allah (juga mereka mempertuhankan ) Al-Masih putera maryam, pada hal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Esa, tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain DIA, Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. ( At-Taubah, (9) : 31

Kemudian ia berkata (Adi bin Hatim): Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w. “ Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka” Nabi menjawab: “ Bukankah mereka mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan oleh Allah kemudian kalian turut mengharamkannya, serta mereka menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah kemudian kalian menghalalkannya ?



maka aku ( Adi bin Hatim) menjawab: “benar” lalu baginda Rasulullah berkata: “ hal demikian itu bererti telah menyembah mereka.

Demikian Al-Quran dan Sunnah Nabi bersikap tegas mengenai permasaalahan ini, kerana perkara ini berkait langsung dengan aqidah yang sangat kuar serta pengaruhnya bagi kemurnian iman seseorang hamba, ini tidak lain bertujuan agar setiap orang tiodak mempunyai alasan atau dalih atau keraguan tentang sesuatu urusan kehidupan manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan PesuruhNya s.a.w.


من كتاب: منهج القرءان الكريم في إصلاح المجتمع. الدكتور محمد الشيد يسوف ( محاضرة كلية الأوصول الدين و الدعوة في جامعة الأزهار: القاهرة مصر

Wednesday, December 10, 2008

ISLAM AGAMA YANG DIREDAI ALLAH


عن أبي هريرة رضي الله عن: أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى. قالوا: يا رسول الله من أيى: قال : من أطاعني دخل الجنة و من أصاني فقد أبى

Maksudnya: Dari abu Hurairah Allah meredai akannya, bahawa Rasululah s.a.w bersabda: sekelian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Sahaba Baginda bertanya: Ya Rasulullah siapa yang enggan ? Baginda menjawab: Siapa yang taat kepadaku masuk syurga dan siapa yang derhaka kepada ku, dialah yang enggan.

Pengajaran hadis:

Manusia muslim wajib mematuhi syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad yang bersumberkan Al_Quran dan Hadis.

Kepatuhan yang sempurna dan lenggap kepada syariat itu sahajalah yang akan menyebabkan kebahagian seseorang di dunia dan akhirat.

PATUH KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH

Dua kalimah syahadah adalah pintu kepada kemasukan seseorang kepada Agama Islam, sebaik saja bersaksikan “Tiada tuhan yang berhak disembah” diikuti dengan penyksian “ bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah benar2 pesuruh Allah”.

Berdasdarkan kepada dua kalimah syahadah itu, dimana yang keduanya adalah beriktiqad bahawa Nabi Muhammad s.a.w ialah benar2 utusan Allah yang dipertanggungjawabkan untuk menyampai dan meperjelaskan kepada manusia tentang Agama Islam dan segala sesuatu yang berkaitan dengan aqidah dan syariat, maka hadis di atas mengingatkankan kita bahawa keengganan mentaati sunnah Rasulullah menyebabkan seseorang itu akan mendapat kecelakaan dunia dan akhirat.

KEPATUHAN YANG SEMPURNA DAN LENGKAP

Semua amalan merangkumi aqidah, syariat yang terbahagi kepada ibadah dan muamalat, akhlaq dan jihad tetap memdapat balasan pahala yang sesuai dengannya. Oleh itu segala kesenangan di dumia dan akhirat adalah terhasil dari sejauh mana kepatuhan kepada ISLAM dan sejauh mana bertepatan dengan syariat dan kaedah kaedah atau kaifiat sesuatu amalan yang diamalkan, serta kepatuhan yang sempura iaitu menerima Islam itu secara keseluruhan bukan menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Firman Allah:

يأ يها الذين ءامنوا ادخلوا في السلم كافة و لا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين - البقرة 208
Maksudnya: Wahai orang2 yang beriman,masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan jangan kamu turut langkah langkah syaitan.


Kemudianya celaan bagi orang2 yang menerima Islam sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain maka Allah berfirman:

أفتؤمنون بعض الكتاب و تكفرون ببعض, فما جزاء من يفعل ذلك منكم إلا خزي في الحياة الدنيا و يوم القيامة يردون إلى أشد العذاب ة و ما الله بغافل عما تعملون – البقرة 85
Maksudnya: Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan inggkat terhadap sebahagian yang lain, tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dikalangan kamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari qiamat meraka dicampakkan ke dalam siksa yang sangat berat, Allah tidak lalai dari apa yang kamu lakukan.

Menyentuh tentang ibadah ibadah khusus saperti solat, puasa, zakat, haji dan lain sama ada yang tatawwuk (sunat) semestinya mengikut cara kan kaedah yang ditunjukan oleh Rasulullah tanpa tokok tambah atau dikurangi, bererti meningglkan segala sesuatu yang diadakan kemudian (bidah) yang tidak pernah berlaku pada zaman Baginda dan zaman2 terbaik selepas baginda, disini yang dimaksukan “من أطاعني barangsiapa yang mentaati aku, taat dengan pengajaran dan kaedah2 beribadat yang telah ditetapkan oleh baginda sendiri. Dalam solah solat Baginda bersabda " صلوا كما رأيتموني أصلي" solatlah kamu semua saperimana kamu melihat aku solat” .

Dengan itu mentaati lantas mengikuti kaifiat ibadah yang di jelaskan oleh Baginda Rasulullah adalah sebahagian dari tuntutan Islam kepada penganutnya. Jika sebaliknya ibadah yang dilakukan itu akan ditolak.
Bersabda Rasulullah s.a.w من عمل عملا ليس مني فهو رد ia itu barangsapa mengamalkan sesuatu amalam yang bukan dari aku (nabi) maka ia ditolak. Seterusnya berkata Ibnu Abbas عليك بتقوى الله ولاستقامة, اتبع و لاتبتدع maksudnya hendalah kamu bertaqwa kepada Allah dan istiqamah dan ikutilah dan jangan kamu berbuat bidah.

Oleh yang demikian saya menyeru diri saya dan sahabt pembaca sekilian, marilah kita mentahqiq semula semua yang kita dapati dari mana mana pihak perilah ibadah, adalah ia bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, mudahan dengan berbuat demikian kita dapat membersihkan semua ibadat kita dari perkara tambahan yang dating kemudian, yang ianya tidak pernah dilakukan oleh Baginda Rasullullah dan sahabat2nya maupun tabi’ dan tabi’ tabi’en.

Firman Allah : وما نان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمرا أن يكون لهم الخيرة من أمرهم – ألأحزاب 36 maksudnya: Dan tidak sayogia bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan RsulNya memutuskan (seseuatu hukum) ada lagi bagi mereka hak memilih dari urusan mereka.

Thursday, November 20, 2008

SILAP DAN LUPA DIMAAFKAN.


Ahkam Al-Islamiyyah ( hukum-hukum Islam) yang terkandung di dalam Al_Quran dan As-Sunnah tetap kekal selama lamanya, Walau bagaimana pun jika tidak sengaja atau silap dan terlupa tentang larangan-larangan yang bersifat kekal tadi tetap dimaafkan oleh Allah sapertimana yang dinyatakan oleh rasulullah s.a.w dalam sebuah Hadith yang dirawikakan oleh Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan perawai2 yang lain:

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ و النسيان و ما ستكرهوا عليه

Status Hadith : Hasan

Maksud: Dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah telah bersabda: sesungguhnya Allah memaafkan bagiku dari umatku akan kesilapan dan kelupaan dan apa yang dipaksa mereka atasnya.

Hadith ini diriwayatkan juga oleh perawi2 yang lain saperti Ibnu Hibban dan Ad-Daar Qatni dengan sanad yang soheh, selain itu ada lagi riwayat yang lain yang menguatkan taraf Hadith tersebut sehingga mencapai darjah Hadith Hasan.

Hadith ini juga mempunyai nilai yang tinggi dan utama dalam bidang hukum2 agama, Ibnu Hajar mengatakan: Hatith ini banyak manfaatnya, kerana tiga perkara yang disebutnya berhubung rapat dengan Fiqh sehinga dapat pula dikatakan setengahnya kerkaitan syari’at ada padanya. Manusia adakalanya melakukan sesuati dengan niat dan ikhtiar dan adakalanya dengan tersalah dan terlupa dan ada juga dengan dipaksa melakukannya.

Hujjah dari nas Al-Quran menguatkan lagi Hadith ini sapertimana firman Allah:


ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأ نا – البقرة 286
Yang bermaksud: Hai tuhan kami, janganlah engkau siksa kami jika kami lupa atau kami tersalah.

و ليس عليكم جناح فيما أخطأتم به ولكن ما تعمدت قلوبكم – الأحزاب 5
Yang bermaksud: Dan tidak (terhitung) dosa atas kamu pada sesuatu yang kalu silap (tersalah) padanya, tetapi sesuatu yang disengaja oleh hati2 kamu.

من كفر بالله بعد إيمانه إلا من أكره و قلبه مطمئن بالإيمان – النحل 106
Yang bermaksud: Barangsiapa yang kufur terhadap Allah sesudah beriman, kecuali orang yang dipaksa, sedangkan hatinya tetap dengan keimanan.

PENGAJARAN HADITH:

Kesilapan dengan kesalahan berlaku tanpa niat atau diqasadkan oleh orang yang melakukannya. Seperti membunuh tanpa niat hukumannya tak sama dengan orang yang membunuh dengan niat, pelakunya tetap dihukum tapi tidak seperti hukuman pelaku yang melakukan pembunuhan dengan niat.

Lupa adalah sesuatu yang kita tahu sebelumnya, dalam sudut ibadah sebagai contoh, kita telah diberi peringatan oleh Alllah melalui Al-Quran atau Rasulullah tentang kefarduan solat, puasa dan lain2, tetapi oleh kerana benar2 terlupa melaksanakan keferduan itu, tiadalah ia berdosa pada saat kelupaannya, setelah ia ingat semula maka hukum berdosa itu kembali dikuatkuasakan keatasnya.

Sebagai contoh orang yang solat tanpa uduk kerana sangkaannya ia telah beruduk, tidaklah dihukum haram solat tanpa uduk, sebaliknya jika ia teringat kembali selepas solatnya, dimana solatnya tadi dalam keadaan berhadas, maka wajib atasnya mengulangi solatnya, jika tidak ia dihukum bedosa. Samalah dengan orang yang lupa atau tertidur mana2 solat yang fardu, hendaklah ia laksanakannya setelah ia ingat, pernah Rasulullah bersabda:

من نام عن صلاة أو نسيها فليصليها إذا ذكرها – بخاري و مسلم
Maksudnya, Dan barang siapa yang meninggalkan solat kerana tertidur atau terlupa, maka hendaklah ia laksanakan solat itu apabila ia teringat.
Begitulah juga bagi orang makan kerana lupa sedangkan ia puasa, menurut ijma’ tidalah batal puasanya berdasarkan sabda Rasululah:

من أكل أو شرب ناسيا فليتم صومه فإنما أطمعه الله و سقاه
Maksudnya: Barangsiapa yang makan atau minum kerana lupa, maka hendaklah ia sempurnakan puasanya,kerana sesungguhnya Allah telah memberikan makan dan minum kepadanya.

PAKSAAN.

Paksaan ialah seseorang melakukan sesuatu perbuatan bukan diatas kerelaannya sendiri, malah dipaksa oleh individu lain dan tiada ada jalan atau usaha untuk megelak dari melakukannya., atau dalam keadaan dharurat kita makan makanan yang diharamkankan hanya sekadar untuk bebas dari darurat tersebut.

PAKSAAN DENGAN JALAN YANG HAK

Jalan yang hak (benar) itu seperti hakim memaksa orang yang berhutang supaya melunaskan hutangnya setelah sempurna penyesiatan terhadap dirinya.

PAKSAAN YANG BUKAN HAK

Jalan yang bukan hak itu seperti memaksa seseorang supaya meerusakan atau membinasakan harta orang, jika berkalu demikian maka segala tanggungjawap terhadap diri yang memaksa bukan yang dipaksa. Atau memaksa seseorang mentalakan isteri, talak ini jika dilakukan kerana paksaan, maka ia tidak jatuh. Begitu juga seseorang dipaksa berkata perkataan yang boleh membawa murtad, sekiranya berlaku sedangkan hatinya masih beriman, tidaklah ia jatuh murtad.

PETUNJUK:

Diantara yang ditujukan oleh hadith ini ialah, ianya menjadi dalil (hujjah) bahawa syariat Islam adalah syariat hukum, dan tiap2 perbuatan tang dihukum itu bukan saja dilihat pada rupa bentuk zahirnya, tapi ditinjau sehinga yang tersirat dihati. Adakah perbuatan itu terjadi dengan qasad dan niatnya sendiri atau sebaliknya. Kerana penilaian hukum terhadap seseorang yang mengerjakan sesuatu dengan qasad atau sebaliknya tidaklah sama hukumnya.

Hadith ini juga memberi peringatan kepada kita tentang penghargaan agama terhadap kesedaran amatlah besar ertinya dalam bidang hukum, sehingga ada perbuatan yang tiada dihukum sah dengan tiada kesedaran atau qasad yang tersendiri, saperti talak paksa yang tiada membawa kesan penceraian. Maka ternyata bahawa “kesedaran” itu adalah bukti tanggungjawab seseorang atas perbuatannya.Betul atau salah perbuatan itu adalah dalam pengetahuannya sendiri, dan dialah yang akan menerima akibatnya.

Thursday, November 13, 2008

ISLAM DIANTARA KEJAHILAN UMMAH
DAN KELESUAN ULAMA



Segala puji bagi Allah yang telah mengajar membaca dan menulis. Ia mengajar manusia tentang sesuatu yang belum dikenali.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.,
keluarganya dan para sahabat keseluruhannya. Nabi yang dipilihnya
untuk membimbing umat manusia untuk mengikut pertunjuk Allah
yang terhimpun dalam kitabNya Al-Quran.

FirmanNya:

يأهل الكتاب قد جاء كم رسولنا يبين لكم كثيرا مما كنتم تخفون من الكتاب ويعفواعن كثير قد جاء كم من الله نور و كتاب مبين
Al_Maidah 15: yang bermaksud: Wahai Ahli Kitab sesungguhnya telah datang kepada mu Rasul kami, menunjukan kepada mu banyak dari
isi Al-Kitab yang kamu sembunyikan,dan (pula yang ) dibiarkan sesunggunya telah datang kepada mu cahaya dari Allah dan Kitab yang menjelaskannya.

يهدى به الله من اتبع رضوانه سبل السلام ويخرجهم من الطلمات الى النور بإذنه ويهديهم إلى صراط مستقيم
Al-Maidah 16 yang bermaksud: Dengan Kitab ini Allah menunjuki orang2 yang mengikuti keredaanNya, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang
benderang dengan izinNya, dan menunjukimereka ke jalan yang lurus.

Sebagai seorang muslim sungguh terasa cemas melihat keadaan kaum muslimin yang kian hari kian bertambah lemah, keluar dari satu kebodohan dan masuk kepada satu kebodohan yang lain. Mereka tidak tahu sebab yang sebenarnya mengapa sampai terjadi demikian. Hal ini tiada lain adalah kerana kebodohan terhadap syari'at Allah dan kerana tidak mahu mengguna pakai dengan sesempurnanya. Meraka tidak tahu, bahawa pemakaian terhadap hukum ciptaan akal manusia itulah yang merusak dan yang menyebabkan kelemahan dan kehinaan.

menurut pendirian saya, bahawa kita kaum muslimin tidak akan mungkin sama sekali meninggalkan sayara't Islam melainkan kerana kebodohan kita terhadap sayaria't Islam serta kelemahan sebahagian daripada ulama kita yang tidak mahu memberi penjelasan yang secukupnya.

Hemat saya, kiranya jalan yang paling baik ialah memperkenalkan kepada kaum muslimin akan hukum2 syari'at Islam, serta memberi penjelasan terhadap segala sesuatunya yang kini masih dikaburkan.
Lebih malang lagi, jika ada insan- insan tajdid yang bangun untuk memberi kesedaran dengan tujuan menjernihkan semula fahaman fahaman yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah, insan2 ini dilebel dengan bermacam2 ketogori dan ditolak sama sekali hujjah2 mereka, sedangkan hujjah mereka bertetapan dengan dua sumber yang ditinggalkan kepada kita oleh Rasululah s.a.w iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, dan tidak pula bertentangan dengan mazhab yang empat itu. Lebih menyedihkan lagi ada diantara masjid2 dan mosolla2 dinegeri2 (bukan semua) menutup pintu (tidak membernarkan) untuk mereka berkuliyyah atau ceramah.

Al-Quran dan kitab2 hadis (sunnah) yang berada ditangan kita adalah himpunan2 hukum2 syari'at yang pertu diperjelaskan kepada kaum muslimin secara keseluruhannya tanpa ada persembunyian dan salah tafsir, atau mentafsirkannya mengikut kesesuian atau kehendak golongan tertentu.

Harapan saya kepada sahabat, cendekiawan muslim kiranya sudi memberi pandangan yang bernas untuk merawat " kejahilan ummat dan kelesuan ulama". Saya menyeru khasnya pada diri saya yang lemah ini dan kepada kaum muslimin yang tak kira diperingkat mana ia berada, marilah kita menjana MINDA kita yang disarankan oleh Al-Quran iaitu ULUL AL-BAB, bukan minda yang JUMUD dengan bertaqlid tanpa diruju’ atau tahqik sesuatu yang kita dengar dari sumber apa sekalipun kecuali ianya dari Al-Quran dan As-Sunnah.

sekian wassalam


Wednesday, November 12, 2008

MENYEBARKAN HADITH
DA'IF DAN PALSU

Antara amalan yang perlu dibenteras ialah melakukan sesuatu amalan taqarrub
kepada Allah dengan tidak bersandarkan dalil yang sohih samaada dari kitab
suci Al-Quran atau Hadith2 Nabi s.a.w yang sohih. Contohnya banyak sekali ter-
sebar risalah atau buku2 kecil yang nmenyebut tentang fadhilat bulan Ramadan
tanpa merujuk kepada kesohihan dalil yang menjadi hujjah. Ataukah mereka
ini lemah dalam Ilmu mutholah hadith, diantaranya ialah:

Maksudnya: Ramadan di Makkah lebih baik daripada 1000 ramadan selain Makkah

Hadis ini da'if sila rujuk Al_Jami' As-Sighar wa ziadatih (3139) dan lihat silsilah
Al-Hadith Ad-Dai'fah (831)

AMALAN MENNGHADIAHKAH
PAHALA


Termasuk amalam bid'ah yang dilakukan didalam bulan Ramadan ialah menga-
dakan majlis tahlil dan bacaan Al-Quran dengan tujuan menghadiahkan pahala
bacaan itu kepada arwah ibu bapa atau kaum kerabat, sedangkan jelas firman
Allah :


Maksudnya: Dan bahawasanya tiada bagi manusia itu melainkan apa yang telah diusahakan. (surah an-najm,53:39 sila rujuk)

berdasarkan ayat ini, al-Imam As-Syafi'ey beristimbat ( mengambilnya sebagai
dalil untuk memutuskan sesuatu hukum) bahawa hadiah pahala bacaan Al_Quran
itu tidak sampai pada simati kerana ia bukan hasil amalannya dan bukan dari
usahanya, kata Imam Nawawi (lihat al-minhaj fi sayrh sohih muslim: 1:81 ) inilah
pendapat yang masyhur di dalam mazhab syafi'ey.

Oleh kerana itu, amalan ini tidak pernah dianjur atau dibimbing, baik menerusi
nas atau isyarat, bahkan amalan demikian tidak pernah disebutkan bahawa
ia dilakukan oleh mana2 sahabat Nabi s.a.w., jika amalanm tersebut baik, tentu
lah mereka terlebih dahulu melakukannya daripada kita, dalam bab bab sebegini
kita hendaklah merujuk kepada dalil2 yang sohih, bukan berpandu kepada qias
atau pendapat sesiapa.

Adapun doa dan sedekah, maka ijma' kaum muslimin tentang sampai pahalanya
kepada simati menurut sebagaimana yang dijelaskan oleh hadith sebagai
(nas) sebagai dalil mengenainya, Hadith ini diriwayatkan oleh Muslim di dalam
sohihnya dari pada Abu Hurairah katanya:

Maksudnya: apabila mati anak adam, maka terputus segala amalanya kecuali
tiga perkara, sedekah jariyyah, ilmu yang dimunafaatkan dengannya, atau anak
solih mendoakannya.

Inilah tiga perkara yang pada hakikatnya adalah merupakan hasil usaha sese-
orang yang berupa amalannya yang ianya akan mendapat ganjaran pahala.
Maka perbanyakkanlah amalam semasa hidup yang akan menjadi bekal sesudah
mati.

Saudara-saudara ku yang beriman, Ingatlah pada ancaman Rasulullah ini,
mudahan kita terpelihara dari perbuatan bida'h.

Sabda Nabi s.a.w.

Maksudnya: sesiapa yang berdusta keatasku dengan sengaja, maka ia menem-
pah tempat duduknya di dalam neraka.

SEKIAN UNTUK RENUNGAN BERSAMA.

Tuesday, November 11, 2008

BUKTI KESYUKURAN

Bulan syawal adalah bulan yang sungguh istimewa. Kedatangannya menyusul selepas kaum muslimin menempuh ibadat yang besar – ibadat puasa. Tempoh sebulan menjalani tarbiyah intensive menerusi madrasah Ramadan dengan solat, puasa, qiyam, sedeqah dan tilawah al-Quran bertujuan melahirkan insan muttaqin , apa kesannya ? tergambarkah selepas itu cirri cirri manusia muttaqin pada perinadi setiap muslim ? Apakah hubungan seharian dengan Allah semakin bertambah kukuh ? apakah hubungan harian sesama manusia terjalin erat dalam rangka mentaati Allah dan mencari keredaannya ? sesungguhnya segala gambaran penghayatan Islam selepas Ramadan adalah bukti kenyukuran seseorang hamba atas segala nikmat kurnian Allah, inilah yang dapat dirumuskan dari perintah Allah:

و لتكبرواالله على ما هداكم و لعلكم تشكرون – البقرة 185
Maksudnya: dan hendaklah kamu membesarkan Allah atas pertunjuk Nya yang diberikan kepada kamu mudahan2an kamu bersyukur.

Golongan yang tekun beribadah di sepanjang Ramadan dan menghayatinya dengan “iman” dan “ihtisab” dapat memahami dan merasai betapa besarnya makna hidayah dan betapa agungnya nikmat iman dan Islam. Justeru itu, kedatang syawal disambut dengan laungan takbir dan tahmid – laungan mengagung dan membesarkan Allah yang terbit dari hati yang bersih الله أكبر...الله أكبر.....الله أكبر و لله الحمد atau laungan yang tercetus dari hati yang suci, hati yang menginsafi betapa besarnya anugerah Allah kepadanya. Takbir, tahnid dan istaghfar adalah ungkapan ranbbaniy, ia adalah lafaz yang bergetar dari jiwa yang bersyukur, jiwa yang dapat merasai kemanisan iman dan menikmati kelazatan taat kepada Allah, firman Alah:

والذين اهتدوا زادهم هدى و ءاتاهم تقواهم – محمد 17
Maksudnya: Dan orang-orang yang mendapat pertunjuk , Allah menambah pertunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketaqwaannya.

Manakala golongan yag kecundang dan gagal dalam latihannya, gagal membebaskan diri dari pengaruh nafsu yang menguasai diri, maka ia ikut serta menzahirkan rasa gembiranya, tetapi menerusi gambaran yang pelik dan berlawanan sama sekali, ia menyambut dengan berbagai bentuk pesta hiburan, muzik dan nyanyian. Ia beroleh kepuasan dengan segala macam aktiviti membazir yang didalangi syaitan.Inilah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w :

صوتان ملعونان في الدنيا ز الاخرة: مزمار عند نعمة و رنة عند مصيتة
Maksudnya: dua suara yang dilaknat di dunia dan akhirat: bunyi muzik ketika beroleh nikmat dan suara meratap ketika ditimpa musibah.
( Riwayat Al-Bazzar. Lihat sohih al-jami’ as-sighar wa ziyadatih (3801) Kata al-Albaniy: Hadith Hasan. – BAHARUDIN AYUUDIN

Monday, November 10, 2008

AL-QURAN DAN KITA

Al-Quran adalah kitab suci terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai kitab pelengkap dari kitab2 samawi yang lain, Al-Quran juga adalah mu’jizat teragung diantara mu’jizat2 yang dianugerahkan kepada Nabi nabi sebelum, yang terpenting Al-Quran adalah kitab pertunjuk yang tiada terdapat sebarang keraguan di dalamnya.

ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين
Inilah Kitab (Al-Quran ) yang tiada keraguan padanya menjadi pertunjuk bagi mereka yang bertakwa ( Al-Baqarah 2 )

Tidak dinafikan rakyat Malaysia muslim boleh membaca Al-Quran dan ada diantaranya bergelar Al-Hafiz, guru mengajar Al-Quran. Pendek kata penekanan ibubapa terhadap anak-anak tentang pengajian Al-Quran di kampung dan di Bandar tidak boleh diperlekehkan, rata-rata di masjid, musolla dan rumah-rumah kediaman persendirian ada menganjurkan pengajian Al-Quran, tidak ketinggalan juga remaja dan dewasa yang semasa kecilnya tidak berpeluang berbuat demikian.

Tapi malang seribu kali malang, natijah dari pengajian Al-Quran itu hanya sekadar boleh membaca, kemudian apabila tamat membaca 30 juzuk 114 surah, dikira selesailah sudah pengajian Al-Quran dan diikuti dengan majlis kenduri “khatam Al-Quran”. Kebanyakan (bukan semua) diantara yang bergelar guru Al-Quran atau Al-Hafiz tidak mampu memahami nas Al-Quran jika tidak dengan bantuan Al-Quran terjemahan.

Hakikatnya, belajar Al-Quran bukan hanya ilmu kaedah membaca ( tajwid dan tartil) sahaja, malah banyak lagi bidang yang kena diberi perhatian, khususnya “ jalan memahami Al-Quran” iaitu dengan mempelajari bahasanya (bahasa Arab). Kerana Al-Quran itu di turunkan dengan bahasa Arab yang terang dan jelas.

وكذلك أنزلناه قرءانا عربيا وصرفنا فيه من الوعيد لعلهم يتقون أو يحدث لهم ذكرا
Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertaqwa atau (agar) Al-Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka.
( Toha: 113).

Sudah semestinya maksud yang paling utama Al-Quran itu diturunkan adahlah untuk difahami dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya untuk diperaktikan di dalam kehidupan diniawi untuk mencapai keredaan Allah samaada
Masih hidup dan setelah mati. Mentadabbur bagi orang yang membaca Al-Quran itu adalah dituntut.

أفلا يتدبرون القرءان
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran (An-Nisa 82)
Jelas pembaca Al-Quran tidak mampu bertadabbur jika ia tidak memahami maksud setiap kalimah yang dibacanya itu. ( bacaan Al-Quran sebeginilah yang sebenarnya dikehendaki ( bertadabbur) iaitu lidahnya bergerak membaca hatinya turut memperhatikan dan (akalnya :tambahan penulis) turut memikirkan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya, iaitu membaca Al-Quran disamping mendalami isi yang terkandung di dalamnya, hal itu akan mendorong untuk mengamalkan isi Al-Quran. ( rujukkan: Al-Quran dan terjermahan muka surat 106 مجمع الملك فهد لطباعة المصحف الشريف )

Sama sekali tidak dinafikan, bahawa boleh membaca Al-Quran itu telah memenuhi sebahagian dari tuntuan Islam, apatah lagi bagi yang telah menjadi Al-Hafiz, tetapi masih lagi terdapat ruang yang masih kosong di dalam kotak akalnya dan di dataran hati yang perlu diisi dengan “kefahaman”. Bukanlah pula dinafikan semua sekali diantara mereka yang boleh membaca Al-Quran yang yang bergelar Qaari dan Hafiz tidak memahami isi Al-Quran, tapi sebahagian diantaranya yang belum sampai kepada tahap boleh menguasai bahasa Al-Quran, dan bagi pembaca biasa boleh dianggapkan peratusnya tinggi yang tidak memahami apa yang dibacanya, misalnya yang sering bertadarus di bulan Ramadan, juga yang tidak pernah ketinggalan dalam majlis membaca surah Yaasin malam jumaat, tidak dinafikan juga bahawa pembaca Al-Quran tetap memdapat ganjaran pahala dari Allah yang Maha Luas Rahmatnya.

Oleh yang demikian teruskanlah membaca Al-Quran, seiringkanlah dengan mengorak langkah kapada satu lagi bidang ilmu belajar bahasa Arab, mudah mudahan bacaan kita selepas kita dapat menguasai bahasa Arab akan menjadi lebih mantap dan berkesan. Saya yakin pada masa itu kita sendiri akan dapat merasa perbezaan yang ketara sekali jika dibandingkan dengan bacaan kita sebelumnya.

Akhir sekali dengan penulisan saya yang serba kekurangan ini dapat dimanfaatkan, dan sama kita berdoa kehadrat Allah agar dengan rahmatNya mohon agar Dia membuka hati kita yang sekian lama terlupa atau terabai atau tersalah anggap bahawa mempelajari bahasa Arab itu bukan sebagai ibadah, an memberi kekuatan dan istiqaamah untuk mempelajari baha wahyu yang agung itu – Ameen.

Friday, November 7, 2008

Peranan Manhaj Salaf

PERANAN MANHAJ SALAF
MENGHADAPI ERA GLOBALISASI : DR.ABDULLAH YAASIN

MUKHADDIMAH:

Walaupun agama Islam sudah lengkap dam sempurna, namun selalu saja umat Islam dilanda oleh perbalahan atau perselisihan sesama sendiri yang kadang-kadang sampai ke peringkat saling pulau memulau, justeru sehingga saling bunuh membunuh.

Dalam era globalisasi sekarang ini keadaan semakin meruncing dengan kemunculan aliran aliran baru dalam Islam. Aliran aliran tersebut jika diteliti dengan cermat sebenarnya adalah jelmaan kembali firqah firqah serpihan zaman silam seperti Khawarij, Syiah, Mu’tazilah, Qadariah, Jabariah, Murjiah dan lain lain. Masing masing aliran mendakwa merekalah yang lebih benar dan menepati kehendak Allah Yang Maha Esa.

Oleh itu umat Islam perlu mengadakan tajdid dan memahami Islam mengikut manhaj yang betul. Menilai sesuatu tanpa berpandukan menhaj yang betul hanya akan mengeruhkan keadaan. Akibat buta manhaj segalanya menjadi kabur dan kebenaran hakiki tidak akan tercapai.


MAKNA MANHAJ

Perkataan manhaj (منهج ) atau minhaaj ( منهاج) berasal dari kata dasar (نهج – ينهج – نهحا – نهوجا ) yang membawa maksud terang dan nyata. Jadi makna manhaj atau minhaaj ialah jalan yang terang dan nyata.

Manhaj atau Minhaaj atau dalam bentuk jamaknya Manaahij yang bererti open, plain, easy road, manner, procedure, method, program, course, curriculum, methodology of research, research method.

Kalau dalam urusan agama manhaj atau minhaaj ialah membawa maksud: jalan yang jelas dan nyata tanpa sedikitpun ada kesamaran. Jelas sebagaimana firman Allah S.W.T :

لكل جعلنا منكم شرعة و منهاجا yang bermaksud: Untuk tiap2 umat diantara kamu Kami berikan aturan dan jalan yang terang ( Al-Maidah /5:48


FAEDAH MEMAHAMI MANHAJ.

Diantara faedah2 memehami Manhaj:

1. Dapat menambah keyakinan diri dan akan tabah menghadapi dugaan kerana memahami Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH ( ASWJ) sama dengan mengetahui jalan mana yang patut ditempuh untuk mencapai keredaan Allah.

2. Mampu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya yang lebih sesuai, kerana memahami Manhaj akan mengajar kita memberi keutamaan perkara yang patut didahulukan.

3. Para pendakwah As sunnah yang memahami Manhaj ASWJ akan mampu menyampaikan ajaran Islam dengan cara yang lebih sistematik melalui ethodology yang lebih tepat. Dan memahami Manhaj akan mengurangi perpecahan dikalangan umat Islam.


ALIRAN SALAFIYAH

Salaf menurut bahasa: sesiapa yang mendahului kamu daripada ibu bapakmu dan kaum kerabat yang berada di atas kamu dari segi umur dan keutamaan. Al-Maghraawy berkata: Salaf ialah orang yang terdahulu (المقدمون ) oleh itu apabila dikatakan (سلف الرجل: أبوه المتقدمان ) Salaf seseorang maknanya: Kedua ibu bapak yang mendahuluinya.

Adapun Salaf menurut istilah agama ialah: Para sahabat, tabi’iin, taabi’ tabi’in dan para Imam mujtahidin yang berpegang teguh dengan Al-Qran dan Sunnah, sedang mereka pula tidak pernah dituduh melakukan bid’ah dan tidak pula diberi gelaran yang tidak baik seperti Khawarij, Rafidhah, Mu’tazilah, Murjiah, Jabariyah, Jahmiyah dan semua golongan yang menyimpang dari jalan yang sebenar ( الصراط المستقيم). Iaitu jalan yang lurus.

Berdasarkan istilah di atas, jelaslah bahawa ciri ciri khas yang mesti ada pada golongan salaf ialah mereka yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan As- Sunnah sebagaimana yang difahamkan oleh orang2 yang yang hidup pada tiga kurun pertama (terbaik) Islam seperti para sahabat, tabi’iin dan taabi’ taabi’iin kerana merekalah yang pernah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai manusia yang berada di dalam tiga kurun terbaik.

Rasulullah s.a.w bersabda:

خيرالقرون قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

Yang bermaksud: Sebaik2 kurun adalah kurunku, kemudian kurun sesudah mereka, kemudian kurun sesudah mereka. (HR Bukhari)

SALAF TARIKHIY DAN SALAF MANHAJIY

Al Syeikh Muhammmad Al Khafaajiy berkata:

Membatasi makna salaf hanya berdasarkan zaman (masa) yang telah lampau sahaja belum memadai, tetapi selain dari factor masa juga mestilah pendapatnya bersesuian dengan roh (semangat) Al-Quran dan Al-Sunnah, oleh itu jika pendapatnya bercanggah dengan semangat Al-Quran dan Al-Sunnah maka ia tidak layak dikatakan SALAFIY , walaupun ia hidup dizaman sahabat, tabi’iin dan taabi’ taabi’in. Atas dasar itulah maka makna salaf biasanya merujuk kepada dua perkara saper berikut:


SALAF TARIKHIY

Jika salaf dirujuk pada zaman (masa) atau periode tiga kurun pertama hijriyyah maka salaf jenis ini dinamakan salaf tarikhiy iaitulah salaf berdasarkan sejarah atau masa atau zaman, salaf tarikhiy berdasarkan isyarat Nabi s.a.w dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di atas.


SALAF MANHAJIY

Manhaj yang dimaksudkan di sini ialah jalan atau cara yang diakui oleh para sahabat r.a., taabi’iin dan taabi’ taabi’iin dan jalan orang yang mengikuti (menuruti) jalan mereka dengan berpegang teguh akan Al-Qran dan Al-Sunnah. Mereka meletakkan dua sumber tersebut ditempat yang tertinggi (terutama) dan mendahulukan kedua-duanya dari sumber-sumber yang lain sebagaimana yang difahamkan oleh para sahabat dan salaf soleh.
Jadi Salaf manhajiy adalah aliran salaf yang diasaskan berdasarkan manhaj, bukan berdasarkan zaman atau periode.

ALIRAN KHALAFIYAH

Khalaf menurut bahasa berasal dari kalimat ( الخلف ) ertinya di belakang, lawannya (قدم) di hadapan atau ( القرن بعد القرن ) ertinya kurun sesudah kurun.

Adapun khalaf menurut istilah syara’ ialah orang-orang yang datang sesudah tiga kurun pertama hijriyyah (salaf ) sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam Hadith sohih di atas. Hanya saja sebagaimana salaf, maka penggunaan khalaf juga dapat ditinjau dari dua sudut:


KHALAF TARIKHIY

Khalaf jika ditinjau dari sudut masanya, mereka ialah orang-orang yang hidup pada zaman sesudah tiga kurun hijriyyah pertama.

KHALAF MANHAJIY

Khalaf jika ditinjau dari sudut manhaj ialah orang orang yang mendukung ilmu kalam atau falsafah Yunani di dalam mereka menetapkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Akidah Islam disamping mereka juga mentakwilkan ayat ayat yang mereka anggap mutasyabihat.



KESIMPULAN

Dari penjelasan di atas dapatlah dirumuskan bahawa khalaf menurut manhaj ialah golongan yang membina akidah Islam berpandukan kepada manhaj ilmu kalam dan falsafah Yunani. Mereka tidak meletakkan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber rujukan tertinggi dan terutama.

Malahan mereka menolak setiap ayat atau hadith yang bercanggah dengan akal seperti Mu’tazilah, atau mentakwilkan sifat2 Allah kepada makna yang lain seperti Asya’irah . Berdasarkan hakikat ini nyatalah bahawa gulungan khalaf menurut manhaj telah muncul dalam lingkungan tiga kurun pertama lagi seperti Khawarij, Rafidhah, Mu’tazilah, Murjiah, Jabariyyah dan lain-lain.


ADAKAH ALIRAN SALAF MASIH UJUD PADA ZAMAN INI ?

Jika yang dimaksudkan dalam pertanyaan di atas dengan Salaf Tarikhiy maka jawapannya: Salaf Tarikhiy sudah berakhir dan tidak ujud lagi pada zaman ini. Tepati jika dimaksudkan dengan Salaf Manhajiy maka salaf jenis ini masih ujud pada hari ini, malahan ia akan ujud sehingga hari qiamah.

Untuk menguatkan hujjah ini perhatikan firman Allah yang berikut:

والسابقون الأولون من المهاجرين و الأنصاروالذين تبعوهم باحسان رضي الله عنهم ورضوا عنه و أعد لهم جنات تجري تحتها الأنهار خالدين فيها أبدا ذلك الفوز العظيم
( At-Taubah/9 : 100)

Ynag bermaksud: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama tama (memeluk Islam) diantara orang-orang Muhajirin dan orang anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda padas Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, itulah kemenangan yang besar.

Kesimpulan ayat:

1. Terdapat tiga golongan yang mendapat jaminan akan memperolehi keredaan Allah dan masuk syurga serta mendapat kejayaan yang besar, iaitu: Muhajirin, Anshar dan orang-orang yang mengikut jejak mereka dengan baik (tidak menokok tambah dalan urusan agama sama ada yang bentuk akidah, syariah, muamalah, akhlah, jihad dan lain-lain)

2. Al-Muhajirin : Penduduk Makkah yang berpindah ke Madinah, Al-Amshar: Penduduk Madinah yang setia kepada Rasulullah s.a.w . Sedangkan golongan ketiga pula ialah orang-orang yang mengikuti Al-Muhajirin dan Al-Anshar dengan baik, dan mereka tidak berani melakukan penambahan-penanbahan dalan urusan agama ( taqarrub pada Allah).

3 Telah disepakati (ijma’) oleh semua ulama bahawa Al-Muhajirin dan Al-Anshar yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah terdiri daripada sahabat Nabi s.a.w. Mereka mempunyai Manhaj yang khusus dalam hal keilmuan, keimanan dan amalan.

4. Ayat yang membatasi zaman dan periode tertentu bagi orang orang yang mengikuti Al-Muhajirin dan Al-Anshar. Ini memberi isyarat bahawa maksud “mengikuti mereka dengan baik” itu adalah mengikut Manhaj mereka.

5. Ayat tersebut hanya menyifati golongan ketiga dengan dua sifat: Ittibaa’ dan bi ihsan, maksudnya mengikut sahaja, bukan mengada-adakan perkara baru (bid’ah) sedangkan bi – ihsan pula maksudnya: dengan baik, sama ada dalam ucapan ataupun perbuatan.

MANHAJ SALAF:

Setelah kita memahami makna Manhaj iaitu jalan yang terang dan nyata, sedangkan salaf pula ialah mereka yang hidup pada tiga kurun pertama yang terdiri dari para sahabat, tabi’iin dan taabi’ taabi’in dan para Imam Mujtahidin (Imam yang empat) yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-Sunnah, sedangkan mereka pula tidak dituduh melakukan bid’ah dan tidak pula diberi gelaran yang tidak baik seperti Khawarij, Rafidhah, Mu’tazilah, Murjiah, Jabariyah dan semua golongan yang penyimpang dari landasan yang sebenar. Itu pulalah sebabnya mengapa salaf sentiasa diiringi dengan sifat soleh sehingga dikenal dengan panggilan ( السلف الصالح ) al_Salaf Al-Soleh.

Juka kita ingin membahas tentang Manhaj Salaf maka perbahasan itu tersangat luas, sebab setiap bidang ilmu dalam Islam mempunyi Manhaj yang tersendiri. Sebanagi contoh:Manhaj dalam akidah, Manhaj dalam ibadah, Manhaj dalam dakwah, Manhaj dalam perbedaan pendapat, Manhaj dalam mengkeritik, Manhaj dalam muamalat, Manhaj dalam pengambilan hujjah (Manhaj Talaqqy ) dan lain-lain lagi.

Yang pasti Manhaj salaf dalam urusan agama sentiasa mendahulukan Kalam Allah dan Kalam RasulNya yakni Al-Hadith, mereka sekali kali tidak mempertentangkan (percanggahan) dengan Kalam Allah dan Kalam RasulNya dengan pendapat manusia tersebut walaupun manusia itu mempunyai ketinggian ilmu, kecuali jika perkara yang dibincangkan itu tidak termaktub di dalam dua sumber utama. Dengan perkataan lain: Salaf tidak akan mendahulukan akal fikiran mengatasi Al-Quran dan Al-Sunnah,


MANHAJ SALAF LEBIH SELAMAT

Terdapat ungkapan yang sangat masyhur di dalam masyarakat kita:


طريقة السلف أسلم وطريقة الخلف أعلم و أحكم

Maksudnya: Perjalanan manhaj yang ditempuh oleh Salaf adalah lebih selamat, sedangkan manhaj khalaf pula adalah lebih mengetahui dan lebih bijaksana.

Di dalam ungkapan di atas terdapat beberapa percanggahan (kontroversi) yang sangat nyata dan jelas, antaranya:

1. Jika dikatakan jalan Manhaj Salaf adalah lebih selamat ( أسلم ) maka mustahil justeru manhaj yang lain dikatakan lebih mengetahui ( أحكم ), sebab setiap yang lebih selamat mestilah tersimpul di dalamnya unsur lebih mengetahui dan lebih bijaksana, kerana tiada keselamatan tanpa pengetahuan tentang sebab-sebab yang boleh membawa kepada keselamatan dan menenpuh sebab tersebut.

2. Cuba anda renung sejenak, dimanakan letaknya faktor lebih mengetahui dan faktor lebih bijaksana jika ternyata dalam realitinya Khalaf telah menyeleweng dan menafikan beberapa sifat Allah ? tidakkah dengan sikap demikian Khalaf saolah-olah mendakwa lebih mengetahui tentang sifat-sifat Allah daripada Allah dan RasulNya ? , cara atau perjalanan paraSalaf soleh adalah cara atau perjalanan Nabi s.a.w. dan para sahabat.

3. Tidakkah dengan dakwaan bahawa Khalaf lebih mengetahui dan lebih berhikmah (bijaksana) akan membawa implikasi bahawa mereka lebih menjahilkan Nabi s.a.w dan mendakwa Badinda kurang bijaksana ? sebab lawan berilmu adalah jahil dan lawan bijaksana adalah kurang akal dan ini SANGAT MERBAHAYA DARI SUDUT AKIDAH.

4. Ungkapan ini mempunyai unsur kebatilan walaupun mereka mempunyai niat yang baik. Sebab mereka cuba membahas dan mendalam dalami perkara yang para Salaf enggan memperkatakannya.

5. Memdalami perkara yang tidak boleh didalami ini hanya akan membawa kepada keraguan. Rasulullah s.a.w. telah melarang dengan berbuat demikian : Kecelakaan orang-orang yang gemar mendalam dalami atau memberatkan dirinya (HR Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud)


AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMA’AH

Para pengkaji sejarah berbeza pendapat tentang kemunculan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, ada yang berpendapat ASWJ muncul pada abad ketujuh Hijriyyah, ada yang berpendapat ia muncul pada masa pemerintahan Khalifah Al-Mansur dan Al-Rasyid zaman pemerintahan Abasiyyah. Ada juga yang berpendapat ia muncul pada pertengahan abad ketiga Hijriyyah iaitu dibawa oleh Abu Hasan Al-Asy’ari dan lain-lain.

Sebenarnya aliran ASWJ ini telah ujud sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat lagi. Golongan inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:

ان أهل الكتاب افترقوا في دينهم على اثنين و سبعين ملة و ان هذه الأمة ستفترق على ثلاث و سبعين ملة يعني الأهواء كلها في النار ال وحدة و هي الجماعة ( رواه أبو دادود وصححه الالباني: قالوا من هي يا رسول الله: قال ما أنا عليه و أصحابي ( رواه الترمذي – قال حديث حسن)

Maksudnya: Sesungguhnya pengikut dua Ahli Kitab (yahudi Nasrani) dalam hal agama mereka berpecah belah menjadi 72 aliran, dan sesungguhnya ummah Islam ini akan berpecah menjadi 73 aliran, semuanya masuk neraka kecuali satu, iaitu Al-Jama’ah (HR Abu Daud dan disohehkan oleh Al_Albani , dalam satu riwayat disebutkan : Para sahabat bertanya: Siapakah gulungan yang selamat itu ? Baginda menjawab: Orang yang mengikut jalan ku dan para sahabat. (HR Tarmizi dan katanya Hadith hasan )

Berdasarkan Hadith di atas jelaslah bahawa ( الفرقة الناجية ) golongan yang selamat dari siksaan neraka adalah Al-Jama’ah , dan Al_Jama’ah ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. dengan ucapannya ( ما أنا عليه وأصحابي ) : Orang yang mengikut jalanku dan jalan para sahabatku, malahan di dalam wasiat yang terakhir sebelum wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

و انه من يعيش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي و سنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها باالنواجذ ( رواه أبو دادود و الترمذي و قا ل : حسن صحيح)

Maksudnya: sesungguh siapa diantara kamu yang hidup (panjang usia) nescaya dia akan melihat banyak perselisihan (yang akan terjadi) oleh sebab itu berpegangl teguhlah dengan sunnahku dan sunnah Khalifah2 Al-Rosyidin yang mendapat pertunjuk, gigitlah dia (sunnah2 itu) dengan gerham (HR Abu Daud dan Tarmizi: Katanya: Hadith Hasan Soheh)

Hadith ini memperkuatkan lagi bahawa maksud Ahlus Sunnah Wal Jama’ah adalah Salafussoleh
Dari kalangan para sahabat atau mereka yang mengikuit manhaj atau perjalanan hidup Rasullah dan sahabat dalam semua bidang saperti akidah, syariah, muamalat pendeka kata iman atau amal.

MENGAPA KITA PILIH SALAF ?

Jika penjelasan di atas sudah benar-benar difahami, maka orang yang berakal pasti akan cenderong dan memilih Manhaj Salafussoleh, sungguh banyak dalil dari Al_Quran dan HadithNabi s.a.w. yang memperkuatkan pertimbangan ini:

Firman Allah:

والسابقون الأولون من المهاجرين و الأنصاروالذين تبعوهم باحسان رضي الله عنهم ورضوا عنه و أعد لهم جنات تجري تحتها الأنهار خالدين فيها أبدا ذلك الفوز العظيم
( At-Taubah/9 : 100)

Ynag bermaksud: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama tama (memeluk Islam) diantara orang-orang Muhajirin dan orang anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda padas Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, itulah kemenangan yang besar.

Sabda Nabi s.a.w.

ان أهل الكتاب افترقوا في دينهم على اثنين و سبعين ملة و ان هذه الأمة ستفترق على ثلاث و سبعين ملة يعني الأهواء كلها في النار ال وحدة و هي الجماعة ( رواه أبو دادود وصححه الالباني: قالوا من هي يا رسول الله: قال ما أنا عليه و أصحابي ( رواه الترمذي – قال حديث حسن)

Maksudnya: Sesungguhnya pengikut dua Ahli Kitab (yahudi Nasrani) dalam hal agama mereka berpecah belah menjadi 72 aliran, dan sesungguhnya ummah Islam ini akan berpecah menjadi 73 aliran, semuanya masuk neraka kecuali satu, iaitu Al-Jama’ah (HR Abu Daud dan disohehkan oleh Al_Albani , dalam satu riwayat disebutkan : Para sahabat bertanya: Siapakah gulungan yang selamat itu ? Baginda menjawab: Orang yang mengikut jalan ku dan para sahabat. (HR Tarmizi dan katanya Hadith hasan )

Sabda Nabis.a.w. lagi

و انه من يعيش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي و سنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها باالنواجذ ( رواه أبو دادود و الترمذي و قا ل : حسن صحيح)

Maksudnya: sesungguh siapa diantara kamu yang hidup (panjang usia) nescaya dia akan melihat banyak perselisihan (yang akan terjadi) oleh sebab itu berpegangl teguhlah dengan sunnahku dan sunnah Khalifah2 Al-Rosyidin yang mendapat pertunjuk, gigitlah dia (sunnah2 itu) dengan gerham (HR Abu Daud dan Tarmizi: Katanya: Hadith Hasan Soheh)

Seterusnya sabda Nabi s.a.w lagi

خيرالقرون قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم


Yang bermaksud: Sebaik2 kurun adalah kurunku, kemudian kurun sesudah mereka, kemudian kurun sesudah mereka. (HR Bukhari)


Kalaulah demikian kenyataan dan ketetapan daripada Allah S.W.T dan Rasulnya s.a.w. maka sebenarnya kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali mematuhi sahaja ketetapan itu tanpa bangkangan, berhenti dari menggunakan hujjah akal semata mata. Jika kita mengambil pilihan lain maka dibimbangkan kita akan terjatuh kedalam kesesatan, dalam hal ini Allah S.W.T berfirman:


و ما كان لمؤمن و لا مؤمنة اذا قضى الله ز رسوله أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله و رسوله فقد ضل ضلالا مبينا
Maksudnya: Dan tidaklah patut bagi laki laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan, aka nada bagi mereka plihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan barang siapa menderhakai Allah dan rasulNya masa sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. ( Al_Ahzab : 36)


TAJDID (REFOMASI)

Tajdid dalam Islam adalah upaya untuk mengembalikan ajaran Islam kepada ajaran yang asal sebanagimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dengan lain perkataan tajdid adalah usaha untuk memurnikan Islam dari unsure luaran yang dimasukkan ke dalamnya saperti membersihkan akidah dari unsure syirik dan kurafat, ibada dari unsur bid’ah dan lain-lain









ٍSabda Rasulullah s.a.w. tentang Tajdid dalam Islam:


ان الله يبحث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد دينها

Maksudnya Allah akan mengutus bagi umat ini (umat Islam) pada setiap awal 100 tahun orang akan memperbaharui baginya agamanya. ( HR Abu Daud dan Al-Hakim – Syeikh Al_ Ibani berkata : Hadis soheh.

Berdasarkan hadis sohih di atas maka maksud Tajdid dalam Islam mestilah memenuhi cirri-ciri berikut:

1. Menghidupkan kembali ajaran Islam secara ilmiyyah dengan menjaga nash-nash yang sohih lagi asli dan membersihkannya daripada segala bentuk penyelewengan dan perkara baru (bid’ah) dalam urusan agama.

2. Menghidupkan kembali manhaj-manhaj pengambilan dalil dalam memahami nash nash sebagaimana yang difahami oleh salaf soleh.

3. Menggerakkan kembali usaha untuk mendekatkan reality masyarakat Islam pada setiap zaman dengan berpaksikan zaman generasi contoh pertana salaf soleh.

Diantara tokok mujaddid (refomis) dalam Islam ialah Syeikh Ibn Tamiyah: Ibn Al-Qayaim Al-Jauziyah, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab , Syeikh Waliyullah Al-Dahlawiy dan lain-lain.

Pada abab 14M muncul seorang ulama dari mazhab Hambali di Damsyiq bernana Ibn Tamiyah ( 1263 – 1328 M ) beliau menentang keras sufisme dan bid’ah yang dilakukan oleh umat Islam ketika itu. Beliau juga menentang taqlid secara membuta tuli dan merayu umat agar kembali pada Al-Quran dan Al-Sunnah. Pendapat Ibn Tamiyah didukong oleh murisnya Al-Qayyim ( 1292 – 1254 M ).

Kemudian pada abad ke 18 M muncullah di tanah Arab seorang ulama yang mengikuti garis berfikir Ibn Tamiyah dan Ibn Al-Qayyim yang bernama Muhammad bin Abdul Wahab( 1703 – 1787 M ). Beliau berjuang membersihkan negaranya dari segala bentuk bid’ah dan kurafat yang kitika itu melanda negaranya dan negara-negara arab sekitarnya.