PERANAN MANHAJ SALAF
MENGHADAPI ERA GLOBALISASI : DR.ABDULLAH YAASIN
MUKHADDIMAH:
Walaupun agama Islam sudah lengkap dam sempurna, namun selalu saja umat Islam dilanda oleh perbalahan atau perselisihan sesama sendiri yang kadang-kadang sampai ke peringkat saling pulau memulau, justeru sehingga saling bunuh membunuh.
Dalam era globalisasi sekarang ini keadaan semakin meruncing dengan kemunculan aliran aliran baru dalam Islam. Aliran aliran tersebut jika diteliti dengan cermat sebenarnya adalah jelmaan kembali firqah firqah serpihan zaman silam seperti Khawarij, Syiah, Mu’tazilah, Qadariah, Jabariah, Murjiah dan lain lain. Masing masing aliran mendakwa merekalah yang lebih benar dan menepati kehendak Allah Yang Maha Esa.
Oleh itu umat Islam perlu mengadakan tajdid dan memahami Islam mengikut manhaj yang betul. Menilai sesuatu tanpa berpandukan menhaj yang betul hanya akan mengeruhkan keadaan. Akibat buta manhaj segalanya menjadi kabur dan kebenaran hakiki tidak akan tercapai.
MAKNA MANHAJ
Perkataan manhaj (منهج ) atau minhaaj ( منهاج) berasal dari kata dasar (نهج – ينهج – نهحا – نهوجا ) yang membawa maksud terang dan nyata. Jadi makna manhaj atau minhaaj ialah jalan yang terang dan nyata.
Manhaj atau Minhaaj atau dalam bentuk jamaknya Manaahij yang bererti open, plain, easy road, manner, procedure, method, program, course, curriculum, methodology of research, research method.
Kalau dalam urusan agama manhaj atau minhaaj ialah membawa maksud: jalan yang jelas dan nyata tanpa sedikitpun ada kesamaran. Jelas sebagaimana firman Allah S.W.T :
لكل جعلنا منكم شرعة و منهاجا yang bermaksud: Untuk tiap2 umat diantara kamu Kami berikan aturan dan jalan yang terang ( Al-Maidah /5:48
FAEDAH MEMAHAMI MANHAJ.
Diantara faedah2 memehami Manhaj:
1. Dapat menambah keyakinan diri dan akan tabah menghadapi dugaan kerana memahami Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH ( ASWJ) sama dengan mengetahui jalan mana yang patut ditempuh untuk mencapai keredaan Allah.
2. Mampu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya yang lebih sesuai, kerana memahami Manhaj akan mengajar kita memberi keutamaan perkara yang patut didahulukan.
3. Para pendakwah As sunnah yang memahami Manhaj ASWJ akan mampu menyampaikan ajaran Islam dengan cara yang lebih sistematik melalui ethodology yang lebih tepat. Dan memahami Manhaj akan mengurangi perpecahan dikalangan umat Islam.
ALIRAN SALAFIYAH
Salaf menurut bahasa: sesiapa yang mendahului kamu daripada ibu bapakmu dan kaum kerabat yang berada di atas kamu dari segi umur dan keutamaan. Al-Maghraawy berkata: Salaf ialah orang yang terdahulu (المقدمون ) oleh itu apabila dikatakan (سلف الرجل: أبوه المتقدمان ) Salaf seseorang maknanya: Kedua ibu bapak yang mendahuluinya.
Adapun Salaf menurut istilah agama ialah: Para sahabat, tabi’iin, taabi’ tabi’in dan para Imam mujtahidin yang berpegang teguh dengan Al-Qran dan Sunnah, sedang mereka pula tidak pernah dituduh melakukan bid’ah dan tidak pula diberi gelaran yang tidak baik seperti Khawarij, Rafidhah, Mu’tazilah, Murjiah, Jabariyah, Jahmiyah dan semua golongan yang menyimpang dari jalan yang sebenar ( الصراط المستقيم). Iaitu jalan yang lurus.
Berdasarkan istilah di atas, jelaslah bahawa ciri ciri khas yang mesti ada pada golongan salaf ialah mereka yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan As- Sunnah sebagaimana yang difahamkan oleh orang2 yang yang hidup pada tiga kurun pertama (terbaik) Islam seperti para sahabat, tabi’iin dan taabi’ taabi’iin kerana merekalah yang pernah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai manusia yang berada di dalam tiga kurun terbaik.
Rasulullah s.a.w bersabda:
خيرالقرون قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
Yang bermaksud: Sebaik2 kurun adalah kurunku, kemudian kurun sesudah mereka, kemudian kurun sesudah mereka. (HR Bukhari)
SALAF TARIKHIY DAN SALAF MANHAJIY
Al Syeikh Muhammmad Al Khafaajiy berkata:
Membatasi makna salaf hanya berdasarkan zaman (masa) yang telah lampau sahaja belum memadai, tetapi selain dari factor masa juga mestilah pendapatnya bersesuian dengan roh (semangat) Al-Quran dan Al-Sunnah, oleh itu jika pendapatnya bercanggah dengan semangat Al-Quran dan Al-Sunnah maka ia tidak layak dikatakan SALAFIY , walaupun ia hidup dizaman sahabat, tabi’iin dan taabi’ taabi’in. Atas dasar itulah maka makna salaf biasanya merujuk kepada dua perkara saper berikut:
SALAF TARIKHIY
Jika salaf dirujuk pada zaman (masa) atau periode tiga kurun pertama hijriyyah maka salaf jenis ini dinamakan salaf tarikhiy iaitulah salaf berdasarkan sejarah atau masa atau zaman, salaf tarikhiy berdasarkan isyarat Nabi s.a.w dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di atas.
SALAF MANHAJIY
Manhaj yang dimaksudkan di sini ialah jalan atau cara yang diakui oleh para sahabat r.a., taabi’iin dan taabi’ taabi’iin dan jalan orang yang mengikuti (menuruti) jalan mereka dengan berpegang teguh akan Al-Qran dan Al-Sunnah. Mereka meletakkan dua sumber tersebut ditempat yang tertinggi (terutama) dan mendahulukan kedua-duanya dari sumber-sumber yang lain sebagaimana yang difahamkan oleh para sahabat dan salaf soleh.
Jadi Salaf manhajiy adalah aliran salaf yang diasaskan berdasarkan manhaj, bukan berdasarkan zaman atau periode.
ALIRAN KHALAFIYAH
Khalaf menurut bahasa berasal dari kalimat ( الخلف ) ertinya di belakang, lawannya (قدم) di hadapan atau ( القرن بعد القرن ) ertinya kurun sesudah kurun.
Adapun khalaf menurut istilah syara’ ialah orang-orang yang datang sesudah tiga kurun pertama hijriyyah (salaf ) sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam Hadith sohih di atas. Hanya saja sebagaimana salaf, maka penggunaan khalaf juga dapat ditinjau dari dua sudut:
KHALAF TARIKHIY
Khalaf jika ditinjau dari sudut masanya, mereka ialah orang-orang yang hidup pada zaman sesudah tiga kurun hijriyyah pertama.
KHALAF MANHAJIY
Khalaf jika ditinjau dari sudut manhaj ialah orang orang yang mendukung ilmu kalam atau falsafah Yunani di dalam mereka menetapkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Akidah Islam disamping mereka juga mentakwilkan ayat ayat yang mereka anggap mutasyabihat.
KESIMPULAN
Dari penjelasan di atas dapatlah dirumuskan bahawa khalaf menurut manhaj ialah golongan yang membina akidah Islam berpandukan kepada manhaj ilmu kalam dan falsafah Yunani. Mereka tidak meletakkan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber rujukan tertinggi dan terutama.
Malahan mereka menolak setiap ayat atau hadith yang bercanggah dengan akal seperti Mu’tazilah, atau mentakwilkan sifat2 Allah kepada makna yang lain seperti Asya’irah . Berdasarkan hakikat ini nyatalah bahawa gulungan khalaf menurut manhaj telah muncul dalam lingkungan tiga kurun pertama lagi seperti Khawarij, Rafidhah, Mu’tazilah, Murjiah, Jabariyyah dan lain-lain.
ADAKAH ALIRAN SALAF MASIH UJUD PADA ZAMAN INI ?
Jika yang dimaksudkan dalam pertanyaan di atas dengan Salaf Tarikhiy maka jawapannya: Salaf Tarikhiy sudah berakhir dan tidak ujud lagi pada zaman ini. Tepati jika dimaksudkan dengan Salaf Manhajiy maka salaf jenis ini masih ujud pada hari ini, malahan ia akan ujud sehingga hari qiamah.
Untuk menguatkan hujjah ini perhatikan firman Allah yang berikut:
والسابقون الأولون من المهاجرين و الأنصاروالذين تبعوهم باحسان رضي الله عنهم ورضوا عنه و أعد لهم جنات تجري تحتها الأنهار خالدين فيها أبدا ذلك الفوز العظيم
( At-Taubah/9 : 100)
Ynag bermaksud: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama tama (memeluk Islam) diantara orang-orang Muhajirin dan orang anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda padas Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, itulah kemenangan yang besar.
Kesimpulan ayat:
1. Terdapat tiga golongan yang mendapat jaminan akan memperolehi keredaan Allah dan masuk syurga serta mendapat kejayaan yang besar, iaitu: Muhajirin, Anshar dan orang-orang yang mengikut jejak mereka dengan baik (tidak menokok tambah dalan urusan agama sama ada yang bentuk akidah, syariah, muamalah, akhlah, jihad dan lain-lain)
2. Al-Muhajirin : Penduduk Makkah yang berpindah ke Madinah, Al-Amshar: Penduduk Madinah yang setia kepada Rasulullah s.a.w . Sedangkan golongan ketiga pula ialah orang-orang yang mengikuti Al-Muhajirin dan Al-Anshar dengan baik, dan mereka tidak berani melakukan penambahan-penanbahan dalan urusan agama ( taqarrub pada Allah).
3 Telah disepakati (ijma’) oleh semua ulama bahawa Al-Muhajirin dan Al-Anshar yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah terdiri daripada sahabat Nabi s.a.w. Mereka mempunyai Manhaj yang khusus dalam hal keilmuan, keimanan dan amalan.
4. Ayat yang membatasi zaman dan periode tertentu bagi orang orang yang mengikuti Al-Muhajirin dan Al-Anshar. Ini memberi isyarat bahawa maksud “mengikuti mereka dengan baik” itu adalah mengikut Manhaj mereka.
5. Ayat tersebut hanya menyifati golongan ketiga dengan dua sifat: Ittibaa’ dan bi ihsan, maksudnya mengikut sahaja, bukan mengada-adakan perkara baru (bid’ah) sedangkan bi – ihsan pula maksudnya: dengan baik, sama ada dalam ucapan ataupun perbuatan.
MANHAJ SALAF:
Setelah kita memahami makna Manhaj iaitu jalan yang terang dan nyata, sedangkan salaf pula ialah mereka yang hidup pada tiga kurun pertama yang terdiri dari para sahabat, tabi’iin dan taabi’ taabi’in dan para Imam Mujtahidin (Imam yang empat) yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-Sunnah, sedangkan mereka pula tidak dituduh melakukan bid’ah dan tidak pula diberi gelaran yang tidak baik seperti Khawarij, Rafidhah, Mu’tazilah, Murjiah, Jabariyah dan semua golongan yang penyimpang dari landasan yang sebenar. Itu pulalah sebabnya mengapa salaf sentiasa diiringi dengan sifat soleh sehingga dikenal dengan panggilan ( السلف الصالح ) al_Salaf Al-Soleh.
Juka kita ingin membahas tentang Manhaj Salaf maka perbahasan itu tersangat luas, sebab setiap bidang ilmu dalam Islam mempunyi Manhaj yang tersendiri. Sebanagi contoh:Manhaj dalam akidah, Manhaj dalam ibadah, Manhaj dalam dakwah, Manhaj dalam perbedaan pendapat, Manhaj dalam mengkeritik, Manhaj dalam muamalat, Manhaj dalam pengambilan hujjah (Manhaj Talaqqy ) dan lain-lain lagi.
Yang pasti Manhaj salaf dalam urusan agama sentiasa mendahulukan Kalam Allah dan Kalam RasulNya yakni Al-Hadith, mereka sekali kali tidak mempertentangkan (percanggahan) dengan Kalam Allah dan Kalam RasulNya dengan pendapat manusia tersebut walaupun manusia itu mempunyai ketinggian ilmu, kecuali jika perkara yang dibincangkan itu tidak termaktub di dalam dua sumber utama. Dengan perkataan lain: Salaf tidak akan mendahulukan akal fikiran mengatasi Al-Quran dan Al-Sunnah,
MANHAJ SALAF LEBIH SELAMAT
Terdapat ungkapan yang sangat masyhur di dalam masyarakat kita:
طريقة السلف أسلم وطريقة الخلف أعلم و أحكم
Maksudnya: Perjalanan manhaj yang ditempuh oleh Salaf adalah lebih selamat, sedangkan manhaj khalaf pula adalah lebih mengetahui dan lebih bijaksana.
Di dalam ungkapan di atas terdapat beberapa percanggahan (kontroversi) yang sangat nyata dan jelas, antaranya:
1. Jika dikatakan jalan Manhaj Salaf adalah lebih selamat ( أسلم ) maka mustahil justeru manhaj yang lain dikatakan lebih mengetahui ( أحكم ), sebab setiap yang lebih selamat mestilah tersimpul di dalamnya unsur lebih mengetahui dan lebih bijaksana, kerana tiada keselamatan tanpa pengetahuan tentang sebab-sebab yang boleh membawa kepada keselamatan dan menenpuh sebab tersebut.
2. Cuba anda renung sejenak, dimanakan letaknya faktor lebih mengetahui dan faktor lebih bijaksana jika ternyata dalam realitinya Khalaf telah menyeleweng dan menafikan beberapa sifat Allah ? tidakkah dengan sikap demikian Khalaf saolah-olah mendakwa lebih mengetahui tentang sifat-sifat Allah daripada Allah dan RasulNya ? , cara atau perjalanan paraSalaf soleh adalah cara atau perjalanan Nabi s.a.w. dan para sahabat.
3. Tidakkah dengan dakwaan bahawa Khalaf lebih mengetahui dan lebih berhikmah (bijaksana) akan membawa implikasi bahawa mereka lebih menjahilkan Nabi s.a.w dan mendakwa Badinda kurang bijaksana ? sebab lawan berilmu adalah jahil dan lawan bijaksana adalah kurang akal dan ini SANGAT MERBAHAYA DARI SUDUT AKIDAH.
4. Ungkapan ini mempunyai unsur kebatilan walaupun mereka mempunyai niat yang baik. Sebab mereka cuba membahas dan mendalam dalami perkara yang para Salaf enggan memperkatakannya.
5. Memdalami perkara yang tidak boleh didalami ini hanya akan membawa kepada keraguan. Rasulullah s.a.w. telah melarang dengan berbuat demikian : Kecelakaan orang-orang yang gemar mendalam dalami atau memberatkan dirinya (HR Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud)
AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMA’AH
Para pengkaji sejarah berbeza pendapat tentang kemunculan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, ada yang berpendapat ASWJ muncul pada abad ketujuh Hijriyyah, ada yang berpendapat ia muncul pada masa pemerintahan Khalifah Al-Mansur dan Al-Rasyid zaman pemerintahan Abasiyyah. Ada juga yang berpendapat ia muncul pada pertengahan abad ketiga Hijriyyah iaitu dibawa oleh Abu Hasan Al-Asy’ari dan lain-lain.
Sebenarnya aliran ASWJ ini telah ujud sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat lagi. Golongan inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:
ان أهل الكتاب افترقوا في دينهم على اثنين و سبعين ملة و ان هذه الأمة ستفترق على ثلاث و سبعين ملة يعني الأهواء كلها في النار ال وحدة و هي الجماعة ( رواه أبو دادود وصححه الالباني: قالوا من هي يا رسول الله: قال ما أنا عليه و أصحابي ( رواه الترمذي – قال حديث حسن)
Maksudnya: Sesungguhnya pengikut dua Ahli Kitab (yahudi Nasrani) dalam hal agama mereka berpecah belah menjadi 72 aliran, dan sesungguhnya ummah Islam ini akan berpecah menjadi 73 aliran, semuanya masuk neraka kecuali satu, iaitu Al-Jama’ah (HR Abu Daud dan disohehkan oleh Al_Albani , dalam satu riwayat disebutkan : Para sahabat bertanya: Siapakah gulungan yang selamat itu ? Baginda menjawab: Orang yang mengikut jalan ku dan para sahabat. (HR Tarmizi dan katanya Hadith hasan )
Berdasarkan Hadith di atas jelaslah bahawa ( الفرقة الناجية ) golongan yang selamat dari siksaan neraka adalah Al-Jama’ah , dan Al_Jama’ah ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. dengan ucapannya ( ما أنا عليه وأصحابي ) : Orang yang mengikut jalanku dan jalan para sahabatku, malahan di dalam wasiat yang terakhir sebelum wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
و انه من يعيش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي و سنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها باالنواجذ ( رواه أبو دادود و الترمذي و قا ل : حسن صحيح)
Maksudnya: sesungguh siapa diantara kamu yang hidup (panjang usia) nescaya dia akan melihat banyak perselisihan (yang akan terjadi) oleh sebab itu berpegangl teguhlah dengan sunnahku dan sunnah Khalifah2 Al-Rosyidin yang mendapat pertunjuk, gigitlah dia (sunnah2 itu) dengan gerham (HR Abu Daud dan Tarmizi: Katanya: Hadith Hasan Soheh)
Hadith ini memperkuatkan lagi bahawa maksud Ahlus Sunnah Wal Jama’ah adalah Salafussoleh
Dari kalangan para sahabat atau mereka yang mengikuit manhaj atau perjalanan hidup Rasullah dan sahabat dalam semua bidang saperti akidah, syariah, muamalat pendeka kata iman atau amal.
MENGAPA KITA PILIH SALAF ?
Jika penjelasan di atas sudah benar-benar difahami, maka orang yang berakal pasti akan cenderong dan memilih Manhaj Salafussoleh, sungguh banyak dalil dari Al_Quran dan HadithNabi s.a.w. yang memperkuatkan pertimbangan ini:
Firman Allah:
والسابقون الأولون من المهاجرين و الأنصاروالذين تبعوهم باحسان رضي الله عنهم ورضوا عنه و أعد لهم جنات تجري تحتها الأنهار خالدين فيها أبدا ذلك الفوز العظيم
( At-Taubah/9 : 100)
Ynag bermaksud: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama tama (memeluk Islam) diantara orang-orang Muhajirin dan orang anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik. Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda padas Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, itulah kemenangan yang besar.
Sabda Nabi s.a.w.
ان أهل الكتاب افترقوا في دينهم على اثنين و سبعين ملة و ان هذه الأمة ستفترق على ثلاث و سبعين ملة يعني الأهواء كلها في النار ال وحدة و هي الجماعة ( رواه أبو دادود وصححه الالباني: قالوا من هي يا رسول الله: قال ما أنا عليه و أصحابي ( رواه الترمذي – قال حديث حسن)
Maksudnya: Sesungguhnya pengikut dua Ahli Kitab (yahudi Nasrani) dalam hal agama mereka berpecah belah menjadi 72 aliran, dan sesungguhnya ummah Islam ini akan berpecah menjadi 73 aliran, semuanya masuk neraka kecuali satu, iaitu Al-Jama’ah (HR Abu Daud dan disohehkan oleh Al_Albani , dalam satu riwayat disebutkan : Para sahabat bertanya: Siapakah gulungan yang selamat itu ? Baginda menjawab: Orang yang mengikut jalan ku dan para sahabat. (HR Tarmizi dan katanya Hadith hasan )
Sabda Nabis.a.w. lagi
و انه من يعيش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي و سنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها باالنواجذ ( رواه أبو دادود و الترمذي و قا ل : حسن صحيح)
Maksudnya: sesungguh siapa diantara kamu yang hidup (panjang usia) nescaya dia akan melihat banyak perselisihan (yang akan terjadi) oleh sebab itu berpegangl teguhlah dengan sunnahku dan sunnah Khalifah2 Al-Rosyidin yang mendapat pertunjuk, gigitlah dia (sunnah2 itu) dengan gerham (HR Abu Daud dan Tarmizi: Katanya: Hadith Hasan Soheh)
Seterusnya sabda Nabi s.a.w lagi
خيرالقرون قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
Yang bermaksud: Sebaik2 kurun adalah kurunku, kemudian kurun sesudah mereka, kemudian kurun sesudah mereka. (HR Bukhari)
Kalaulah demikian kenyataan dan ketetapan daripada Allah S.W.T dan Rasulnya s.a.w. maka sebenarnya kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali mematuhi sahaja ketetapan itu tanpa bangkangan, berhenti dari menggunakan hujjah akal semata mata. Jika kita mengambil pilihan lain maka dibimbangkan kita akan terjatuh kedalam kesesatan, dalam hal ini Allah S.W.T berfirman:
و ما كان لمؤمن و لا مؤمنة اذا قضى الله ز رسوله أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله و رسوله فقد ضل ضلالا مبينا
Maksudnya: Dan tidaklah patut bagi laki laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan, aka nada bagi mereka plihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan barang siapa menderhakai Allah dan rasulNya masa sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. ( Al_Ahzab : 36)
TAJDID (REFOMASI)
Tajdid dalam Islam adalah upaya untuk mengembalikan ajaran Islam kepada ajaran yang asal sebanagimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dengan lain perkataan tajdid adalah usaha untuk memurnikan Islam dari unsure luaran yang dimasukkan ke dalamnya saperti membersihkan akidah dari unsure syirik dan kurafat, ibada dari unsur bid’ah dan lain-lain
ٍSabda Rasulullah s.a.w. tentang Tajdid dalam Islam:
ان الله يبحث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد دينها
Maksudnya Allah akan mengutus bagi umat ini (umat Islam) pada setiap awal 100 tahun orang akan memperbaharui baginya agamanya. ( HR Abu Daud dan Al-Hakim – Syeikh Al_ Ibani berkata : Hadis soheh.
Berdasarkan hadis sohih di atas maka maksud Tajdid dalam Islam mestilah memenuhi cirri-ciri berikut:
1. Menghidupkan kembali ajaran Islam secara ilmiyyah dengan menjaga nash-nash yang sohih lagi asli dan membersihkannya daripada segala bentuk penyelewengan dan perkara baru (bid’ah) dalam urusan agama.
2. Menghidupkan kembali manhaj-manhaj pengambilan dalil dalam memahami nash nash sebagaimana yang difahami oleh salaf soleh.
3. Menggerakkan kembali usaha untuk mendekatkan reality masyarakat Islam pada setiap zaman dengan berpaksikan zaman generasi contoh pertana salaf soleh.
Diantara tokok mujaddid (refomis) dalam Islam ialah Syeikh Ibn Tamiyah: Ibn Al-Qayaim Al-Jauziyah, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab , Syeikh Waliyullah Al-Dahlawiy dan lain-lain.
Pada abab 14M muncul seorang ulama dari mazhab Hambali di Damsyiq bernana Ibn Tamiyah ( 1263 – 1328 M ) beliau menentang keras sufisme dan bid’ah yang dilakukan oleh umat Islam ketika itu. Beliau juga menentang taqlid secara membuta tuli dan merayu umat agar kembali pada Al-Quran dan Al-Sunnah. Pendapat Ibn Tamiyah didukong oleh murisnya Al-Qayyim ( 1292 – 1254 M ).
Kemudian pada abad ke 18 M muncullah di tanah Arab seorang ulama yang mengikuti garis berfikir Ibn Tamiyah dan Ibn Al-Qayyim yang bernama Muhammad bin Abdul Wahab( 1703 – 1787 M ). Beliau berjuang membersihkan negaranya dari segala bentuk bid’ah dan kurafat yang kitika itu melanda negaranya dan negara-negara arab sekitarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment