Thursday, November 20, 2008

SILAP DAN LUPA DIMAAFKAN.


Ahkam Al-Islamiyyah ( hukum-hukum Islam) yang terkandung di dalam Al_Quran dan As-Sunnah tetap kekal selama lamanya, Walau bagaimana pun jika tidak sengaja atau silap dan terlupa tentang larangan-larangan yang bersifat kekal tadi tetap dimaafkan oleh Allah sapertimana yang dinyatakan oleh rasulullah s.a.w dalam sebuah Hadith yang dirawikakan oleh Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan perawai2 yang lain:

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ و النسيان و ما ستكرهوا عليه

Status Hadith : Hasan

Maksud: Dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah telah bersabda: sesungguhnya Allah memaafkan bagiku dari umatku akan kesilapan dan kelupaan dan apa yang dipaksa mereka atasnya.

Hadith ini diriwayatkan juga oleh perawi2 yang lain saperti Ibnu Hibban dan Ad-Daar Qatni dengan sanad yang soheh, selain itu ada lagi riwayat yang lain yang menguatkan taraf Hadith tersebut sehingga mencapai darjah Hadith Hasan.

Hadith ini juga mempunyai nilai yang tinggi dan utama dalam bidang hukum2 agama, Ibnu Hajar mengatakan: Hatith ini banyak manfaatnya, kerana tiga perkara yang disebutnya berhubung rapat dengan Fiqh sehinga dapat pula dikatakan setengahnya kerkaitan syari’at ada padanya. Manusia adakalanya melakukan sesuati dengan niat dan ikhtiar dan adakalanya dengan tersalah dan terlupa dan ada juga dengan dipaksa melakukannya.

Hujjah dari nas Al-Quran menguatkan lagi Hadith ini sapertimana firman Allah:


ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأ نا – البقرة 286
Yang bermaksud: Hai tuhan kami, janganlah engkau siksa kami jika kami lupa atau kami tersalah.

و ليس عليكم جناح فيما أخطأتم به ولكن ما تعمدت قلوبكم – الأحزاب 5
Yang bermaksud: Dan tidak (terhitung) dosa atas kamu pada sesuatu yang kalu silap (tersalah) padanya, tetapi sesuatu yang disengaja oleh hati2 kamu.

من كفر بالله بعد إيمانه إلا من أكره و قلبه مطمئن بالإيمان – النحل 106
Yang bermaksud: Barangsiapa yang kufur terhadap Allah sesudah beriman, kecuali orang yang dipaksa, sedangkan hatinya tetap dengan keimanan.

PENGAJARAN HADITH:

Kesilapan dengan kesalahan berlaku tanpa niat atau diqasadkan oleh orang yang melakukannya. Seperti membunuh tanpa niat hukumannya tak sama dengan orang yang membunuh dengan niat, pelakunya tetap dihukum tapi tidak seperti hukuman pelaku yang melakukan pembunuhan dengan niat.

Lupa adalah sesuatu yang kita tahu sebelumnya, dalam sudut ibadah sebagai contoh, kita telah diberi peringatan oleh Alllah melalui Al-Quran atau Rasulullah tentang kefarduan solat, puasa dan lain2, tetapi oleh kerana benar2 terlupa melaksanakan keferduan itu, tiadalah ia berdosa pada saat kelupaannya, setelah ia ingat semula maka hukum berdosa itu kembali dikuatkuasakan keatasnya.

Sebagai contoh orang yang solat tanpa uduk kerana sangkaannya ia telah beruduk, tidaklah dihukum haram solat tanpa uduk, sebaliknya jika ia teringat kembali selepas solatnya, dimana solatnya tadi dalam keadaan berhadas, maka wajib atasnya mengulangi solatnya, jika tidak ia dihukum bedosa. Samalah dengan orang yang lupa atau tertidur mana2 solat yang fardu, hendaklah ia laksanakannya setelah ia ingat, pernah Rasulullah bersabda:

من نام عن صلاة أو نسيها فليصليها إذا ذكرها – بخاري و مسلم
Maksudnya, Dan barang siapa yang meninggalkan solat kerana tertidur atau terlupa, maka hendaklah ia laksanakan solat itu apabila ia teringat.
Begitulah juga bagi orang makan kerana lupa sedangkan ia puasa, menurut ijma’ tidalah batal puasanya berdasarkan sabda Rasululah:

من أكل أو شرب ناسيا فليتم صومه فإنما أطمعه الله و سقاه
Maksudnya: Barangsiapa yang makan atau minum kerana lupa, maka hendaklah ia sempurnakan puasanya,kerana sesungguhnya Allah telah memberikan makan dan minum kepadanya.

PAKSAAN.

Paksaan ialah seseorang melakukan sesuatu perbuatan bukan diatas kerelaannya sendiri, malah dipaksa oleh individu lain dan tiada ada jalan atau usaha untuk megelak dari melakukannya., atau dalam keadaan dharurat kita makan makanan yang diharamkankan hanya sekadar untuk bebas dari darurat tersebut.

PAKSAAN DENGAN JALAN YANG HAK

Jalan yang hak (benar) itu seperti hakim memaksa orang yang berhutang supaya melunaskan hutangnya setelah sempurna penyesiatan terhadap dirinya.

PAKSAAN YANG BUKAN HAK

Jalan yang bukan hak itu seperti memaksa seseorang supaya meerusakan atau membinasakan harta orang, jika berkalu demikian maka segala tanggungjawap terhadap diri yang memaksa bukan yang dipaksa. Atau memaksa seseorang mentalakan isteri, talak ini jika dilakukan kerana paksaan, maka ia tidak jatuh. Begitu juga seseorang dipaksa berkata perkataan yang boleh membawa murtad, sekiranya berlaku sedangkan hatinya masih beriman, tidaklah ia jatuh murtad.

PETUNJUK:

Diantara yang ditujukan oleh hadith ini ialah, ianya menjadi dalil (hujjah) bahawa syariat Islam adalah syariat hukum, dan tiap2 perbuatan tang dihukum itu bukan saja dilihat pada rupa bentuk zahirnya, tapi ditinjau sehinga yang tersirat dihati. Adakah perbuatan itu terjadi dengan qasad dan niatnya sendiri atau sebaliknya. Kerana penilaian hukum terhadap seseorang yang mengerjakan sesuatu dengan qasad atau sebaliknya tidaklah sama hukumnya.

Hadith ini juga memberi peringatan kepada kita tentang penghargaan agama terhadap kesedaran amatlah besar ertinya dalam bidang hukum, sehingga ada perbuatan yang tiada dihukum sah dengan tiada kesedaran atau qasad yang tersendiri, saperti talak paksa yang tiada membawa kesan penceraian. Maka ternyata bahawa “kesedaran” itu adalah bukti tanggungjawab seseorang atas perbuatannya.Betul atau salah perbuatan itu adalah dalam pengetahuannya sendiri, dan dialah yang akan menerima akibatnya.

No comments: