Friday, January 16, 2009

SURAH الليل

PENGENALAN.

Surah الليل yang bermaksud malam adalah surah yang ke- 92, mempunyai 21 ayat. الليل adalah surah مكية kerana ianya turun di مكة المكرمة .

SEBAB-SEBAB TURUN AYAT (أسباب النزول )

أسباب النزول surah Al-Lail ini terdapat beberapa situasi yang berlainan mengikut riwayat-riwayat yang dikemukan di dalam kitab yang berkaitan dengan asbab an nuzul, pertama dikemukakan oleh Ibnu Abi Hatim dan yang lainnya dari Al-hakam bin Abban dari Ikrimah yang bersumberkan dari Ibnu A’bbas, bahawa seorang pemilik ladang kurma yang bakhil, mayang kurmanya terjulur ke sebelah rumah jiran yang fakir dan mempunyai ramai anak. Pemilik ladang kurma itu tidak membenarkan anak2 jirannya mengambil buh-buah kurma yang gugur dihalaman rumahnya, malah aia merampas kembali jika terlihat anak-anak fakir itu memungut kurmanya. Justeru si fakir itu mengadu kepada Nabi s.a.w.

Situasi kedua pun dari Ibnu Abi Hatim tetapi sumbernya adalah ari ‘urwah meriwayatkan bahawa ayat 17- 21 adalah tentang Abu Bakr As-Siddiq yang telah memerdekankan tujuh orang hamba yang disiksa oleh pemiliknya, maka ayat 17- 21 turun sebagai janji Allah kepada hamba-hambaNya yang dermawan yang menginfakkan harta bendanya ke jalan Allah.

Diriwayatkan pula oleh Al-Hakim dari Amir bin Abdillah yang bersumber dari bapanya yang bernama Zubair, Bahawa Abu Qafahah (ayah abu Bakr ) berkata kepada Abu Bakr “ Aku melihat engkau memerdekakan hamba-hamba yang lemah, sekiranya engkau memerdekakan hamba-hamba yang kuat, pasti mereka akan membelamu dan mempertahankanmu. Abu Bakr berkata “ Wahai bapaku, akumengharapkan apa yang ada di sisi Allah, maka turunlah ayat yang berkenaan dengan peristiwa ini iaitu ayat 5-21.

A-Bazzar yang bersember dari Ibnu Zubair menyatakan pula ayat 19-21 turun berkenaan dengan keperibadian Abu Bakr yang dermawan



PENGAJARAN

Diawal surah kita diterapkan dengan betapa mahalnya nilai waktu dengan kalimah yang diawali dengan واو القسم yang membawa pengertian demi. Unggkapan ayatnya “Demi malam apabila di kelam” disambung dengan “Demi siang apabila dia terang. Ayat-ayat A-Quran yang dimulakan dengan واوالقسم menunjukkan bahawa masa iaitu siang dan malam yang beredar silih bergantinya ini terlalu mahal harganya yang tidak boleh bandingkan dengan emas atau lainya. Sama pentingnya antara gelap dan terang, dimana peredaran masa itu sangat-sangat diperlukan oleh manusia dan haiwan yang hidup. Siang yang bercahaya boleh dimanafaatkan dengan bekerja untuk mencari rezki, Malam pula masa untuk insan menyatakan kesyukuranya kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat.

Allah pernah bersumpah masa, dalam surah العصر yang mafhumnya, “Demi masa manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beiman dan beramal soleh”. Jelas lah bahawa masa siang dan malam yang diperuntukan kepada kita janganlah sama sekali disia-siakan, hendaklah diisi dengan perkara2 yang menjurus kepada kesejahteraan dunia dan yang ulanya ialah kesejahteraan di akhirat.

Setelah kita penuhi tuntutan “masa” dengan memenafaatkanya dengan semaksima mungkin, Allah meletakkan beberapa syarat penting untuk insan yang beriman itu merealisasikannya demi untuk mencapai kesejahteraan di dunia maupun di akhirat, pertama, bersikap pemurah kepada sesama insan yang fakir dengan menghulurkan bantuan yang diperlukan, kedua bertaqwa, sterusnya memelihara hubungannya dengan Allah dengan melaksanakan ibadat2 difardukan ke atasnya, ketiga mengakui adanya nilai2 baik di dunia ini yang terpuji oleh seama manusia. Jika ketiga2 konsep ini dipegang teguh maka Allah berjanji yang termaktub dalam ayat 7: Mafhumnya “ Maka akan Kami mudahkan dia kejalan yang mudah”.


Kemudian kecelakaan kepada orang yang bersikap bakhil (kedekut), enggan membelanjakan harta sebagai “amal jariah”, kemudian ancaman kecelakan kepada orang yang merasa serba mencukupi yang tidak perlu lagi menerima pertolongan orang yang diungkapkan dengan kalimah استغنى , kerana yang besikap begini takut dan risau kalau-kalau ia kena pulah membalas budi orang. Begitu juga orang yang tidak percaya bahawa di dunia ini terdapat nilai-nilai kebaikan, iaitu kebaikan berinteraksi sesame manusia, kebaikan perhubungan hamba dan al-khaliq, kesemua kebaikan yang ditemui di dunia ini sekali lagi akan diketemukan di akhirat.

Kesimpulan dari beberapa pengajaran yang terdapat dalam surah ini akan berhasil dengan adanya dalam diri sesorang niat yang ikhlas untuk mencapai keredaan Allah. Ibnu Jarir menafsirkan ayat 21 “ ولسوف يرضى “ yang bermaksud “Dan akan redalah Dia” , Allah akan reda kepada orang yang membelanjakan hartanya untuk menunaikan hak Allah, samaada dengan berzakat atau sedekah. Kerana dengan infak itu menyebabkan harta yang masih tinggal menjadi bersih, di akhirat kelak ia akan menerima ganjaran seperti yang dijanjikan. Ayat tersebut juga tersimpan janji mulia, bahawa hamba itu akan dapat sekelian apa yang diingini dengan sempurna dan indah disisi Tuhannya.

Pandangan Ibu Kathir dalam kitab tafsirnya menyimpulkan bahawa, bukan seorang atau dua ahli2 tafsir beroendapat bahawa ayat-ayat dalam surah ini yang menjadi pimpinan umum bagi seluruh manusia yang beriman yang contoh dan tauladannya pada diri Abu Bakr As-Siddiq, dia membenarkan dan menerima seruan Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh jujur, dengan tidak ada sidikitpun keraguan sejak mula ia memeluk islam.Dia sangat bertakwa, pemurah, hartanya dibejalanjakan demi untuk menyatakan ketaatan kepada Allah. Maka sewajarnya kita yang beriman mencontohi keperibadian para sahabat dalam erti kata : سمعنا و أطعنا “Kami dengar dan kami patuh”.

No comments: