Thursday, January 8, 2009

SURAH الإخلاص

PENGENALAN SURAH الإخلاص

Surah ini diturunkan di مكة المكرمة yang mengandungi empat ayat-ayat pendek tentang keesaan Allah s.w.t , diturukan kepada Rasulullah Muhammad s.a.w untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda oleh kaum musyrikin dan yahudi ketika itu.

SEBAB TURUN AYAT ( أسباب النزول )

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi. Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dari Abi ‘Aliyyah yang berseumberkan dari Ubay bin Ka’ab, bahawa terdapat satu peristiwa dimana kaum Musyrikin Makkah menggesa Rasulullah untuk menjelaskan kepada mereka tentang sifat-sifat Allah, kaum Musyrikin berkata “Terangkan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu”.

Selain dari pweristiwa itu, kaum Yahudi juga mengadap Rasululah s.a.w, diataranya ialah Ka’bubnul ‘asyraf dan Hay bin Akhtab ,mereka berkata “Hai
Muhammad lukiskan kepada kami sifat-sifat Tuhan yang mengutusmu”. Peristiwa ini diriwayatkan oleh Ibu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas. Pun juga diriwayahtkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Qotadah dan Ibnu Munzir bersumber dari Sa’id bin Zubair, dengan riwayat ini Sa’id bin Zubair menegaskan bahawa surah ini Madaniyyah.

Dalam riwayat yang lain dari Ibnu Jarir yang bersumber dari Qotadah menyebut bahawa kaum Ahzab berkata “ lukiskan sifat Tuhanmu kepada kami”. Maka datang lah Jibril menyampaikan surah ini sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh mereka.

PENGAJARAN

Surah الإخلاص walaupun hanya mengandungi empat ayat yang pendek, ianya mudah dibaca dan mudah difahami bagi manusia yang memiliki ‘aqal ( ulul al-bab ). Permulaan ayat ini dengan menggunakan kata perintah iaitu Qul ( قل ) yang mana merupakan satu penegasan dari Allah s.w.t tentang tunjang a’qidah atau puncak keimanan bahawa yang dipertuhankan itu hanyalah Dia iaitu Allah. Tiada ada Tuhan lain selain Dia. Esa atau Tunggal dan tiada ada sebarang sekutu bagiNya, dan tiada sauatu apa pun yang menyamai atau menyerupai, serta tiada pembantu-pembantuNya.
Maka dengan pengakuan hati yang sedemikan yang tidak ada sebarang keraguan, pengakuan atau kepercayaan sedemikianlah yang dinamai TAUHID.

Abu Harairah pernah menafsirkan ayat 2 yang bermaksud “Allah tempat makhluk bergantung ‘ dengan pengertian bahawa segala sesuatu ini adalah ciptaan Allah, dengan sebab itu makhluk (yang dicipta) memerlukan atau berkehendak kepada Allah, berlindung kepadaNya, memohon kepadaNya, sedang Allah tidak sama sekali memerlukan suatu apa pun dari makhluk.

Jelas sekali jika kita perhatikan dengan minda yang ulul al-bab terhadap kalimah أحد yang membawa erti yang padat dang tegas iaitu Esa sudah cukup dengan kalimat itu menafikan bahawa Allah tidak mempunyai anak atau Dia diperanakkan seperti anggapan sesat oleh kaum Nasrani atau Masehi, serta turut menafikan bahawa tiada ada sesuatu apa jua pun yang setara atau sebanding denganNya. لا كمثله شيئ .

Imam Al-Ghazali pernah menulis dalam kitabnya Jawahir Al-Quran bahawa kepentingan Al-Quran itu ialah untuk ma’rifah kepada Allah dan ma’rifah kepada adanya hari pembalasan serta ma’rifah kepada as-sirot al-mustaqiim. Maka surah Al-Ikhlas mengandungi salah satu dari ma’rifah yang tiga ini, iaitu ma’rifat kepada Allah dengan jalan menyucikanNya, mentauhidkannya dari berbagai rupa kepercayaan golongan-golongan sesat Nasrani dan lain2 idologi yang bertentangan dengan apa yang dimaksudkan dalam surah ini.

Bagi Ibnu Al-Qayyim, beliau menulis dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad bahawa surah Al-Ikhlas mengandungi tauhid I’tiqod dan ma’rifah yang wajib dipandang tetap teguh kepada Allah menurut aqal murni, iaitu Esa. Menafikan dari bersyarikat atau bersekutu, serta Dialah Allah tempat pergantungan yang tetap yang memiliki segala sifat kesempurnaan, tidak pernah berkurangan dari espek apapun. Nafi terus tiada beranak atau diperanakkan, kerana kata beliau, jika kedua-dua ini ada, maka Dia bukan lagi tempat pergantungan dan tercemarlah keesaanNya.

Kesimpulannya Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa, menegakkan a’qidah ialah dengan ilmu, persedian ilmu hendaklah sebelum beramal, sebab ilmu itu adalah iman, petunjuk jalan sebagai hakim yang membuat keputusan dimana tempat seorang hamba itu dan sampai kemana, Maka surah Al-Ikhlas ini adalah sumber atau punca ilmu tentang a’qidah, sebab itu Nabi pernah menyatakan bahawa surah Al-Ikhlas menyamai sepertiga Al-Quran.


No comments: