Friday, January 30, 2009

MANUSIA YANG PALING DIMURKAI

أبغض الناس إلى الله ثلاثة: ملحد في الحرم و مبتغ في الإسلام سنة الجاهلية والطالب دم امرئ بغير الحق و التهريق دمه - رواه البخاري

SABDA RASULULLAH SAW:

Manusia yang paling dimurkai Allah adalah tiga golongan:

1. Yang melakukan ( الحاد ) kekufuran di Tanag Haram
2. Yang mengusahakan sunnah-sunnah jahiliyyah dalam agama Islam
3. Yang menuntut ditumpahkan darah seseorang tanpa hak (benar)
( Riwayat: Bukhari dari Ibnu A’bbas)

PERBINCANGAN:

1. Ynag melakukan إلحاد kekufuran di Tanah Haram
Menurut Said Hawa: Maksud إلحاد ialah cenderong atau berpaling. Ilhad terbahagi kepada kecil dan besar, kufur kecil contohnya kufur ni’mat dan kufur besar ialah unsure-unsur yang menyebabkan terkeluar dari islam atau murtad. Termasuk dalam Ilhad adalah sifat-sifat nifak, sesat, fasik dan seumpamanya.

Said Hawa berpendapat, melakukan kekufuran di tempat selain Tanah Haram amat dilarang , tetapai apabila kekufuran itu dilakukan di Tanah Haram termasuk sebesar-besar larangan dan termasuk perkara yang sangat dumurkai Allah.

Firman Allah:

يأيها الذين امنوا ءامنوا إنما المشركون نجس فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا ( التوبة – 28 )
Hai orang2 yang beriman sesungguhnya orang2 yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjid Haram sesudah tahun ini…….



Maksuh najis dalam ayat ini, adalah dari sudut jiwanya yang kotor dan keji kerana kerja2 syirik mereka. Mereka dilarang masuk untuk sebarang aktiviti di-Masjis Haram. Sebahadian ahli tafsir pula menyebut kaum musyrikin dilarang terus dari memasuki daerah Tanah Haram samaada untuk keperluan haji atau untuk sebarang keperluan lain dan larangan itu berkuatkuasa selepas “tahun ini” iaitu pada 9 Hijriyyah sehingglah kehari qiyamah.

2. YANG MENGUSAHAKAN SUNNAH2 JAHILIYYAH DALAM AGAMA ISLAM
Maksudnya: Mengusahakan amalam-amalan mungkar dan maksiat dalam agama Islam atau yang melibatkan masyarakat Islam.

DIFINASI JAHILIYYAH:

Muhammad Qutb: Satu keadaan yang menolak hidayah Allah atau menentang hukum2 Allah.

Syed Qutb: Pengabdian manusia kepada selain Allah dalam segala urusan hidup, katanya, masyarakat jahiliyyah adalah masyarakat yang tidak tulin pengabdiannya kepada Allah samaada yang melibatkan aqidah, keyakinan, syiiar dan lambing dan di dalam peraturan atau undang2.

Saidina Umar menyebut, تنقض عرى الإسلام عروة عروة فيمن نشأ في الإسلام و لم يعرف الجاهلية sesungguhnya ikatan Islam itu akan terurai satu demi satu bagi sesiapa yang dibesarkan dalam kalangan umat Islam namun dia tidak mengenali apa itu jahiliyyah.

CIRI CIRI JAHILIYYAH

Tidak mengikut hidayah Allah: Mereka adalah manusia yang syirik, kufur, memuja dan menyembah selain Allah. Mereka tidak meyakini Alah, seperti atheis atau kominis. Selain itu penyembah berhala, pemija idologi atau ism2 lantas mati kerananya.

Nabi Muhammad bersabda: من قتل تحت راية عمية يدعو عصبية أز ينصر عصبية فقتله جاهلية – رواه مسلم “siapa yang terbunuh (berjuang) dibawah panji2 kebangsaan ia menyeru kepada assobiyyah atau menyokong assobiyyah maka matinya mati jahiliyah – Riwayat Muslim.
Hidup mengukut nafsu: Melakukan amalan keji, mungkar dan sebagainya yang didorong oleh nafsu syahwat.

Mengikut Thoghut: Segala yang mungkar samaada yang melibatkan individu, kelompok, golongan, adapt istiadat, tradisi, budaya kuasa dan sebagainya.

Melibatkan keruntuhan akhlaq: Ini jelas berkaitan dengan hiburan merlampau, muzik, pergaulan bebas, pendedahan aurat, judi dan yang berkaitan dengan hedonisme dan pemisifness ( serba boleh) dan yang seciri dengannya.

3, Yang menuntut ditumpahkan darah seseorang tampa haq (benar)

Kerja menumpahkan darah (membunuh) memang antara kejelekkan perangai manusia, Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah mafhumnya “ Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya aku nak menjadikan seorang khalifah di bumi, mereka berkata, Mengapa Engkau mau jadikan di bumi itu orang yang membuat kerosakkan padanya dan menunpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbeh dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ? Alah berfirman “ sesungguhnya Aku Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Sebenarnya Nabi saw pernah mengingatkan dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh syaikhan bahawa darah seseorang tidak halal ditumpahkan melainkan tiga perkara di bawah:

( الثيب الزاني ) Orang yang telah atau pernah berkahwin tapi melakukan zina

( النفس بالنفس ) Orang yang membunuh jiwa manusia

( التارك لدينه المفارق للجماعة ) Orang yang meninggalkan agama (murtad) lantaran keluarnya dari jamaah Islam.
Membunuh meraka yang tersebut di atas wajib melalui proses keadilan dan diputuskan oleh Mahkamah dan jika penunpahan darah selain dari tiga sebab di atas, maka ia termasuk perbuatan
yang amat dimurkai oleh Allah

Thursday, January 29, 2009

TARBIYYAH RASULULLAH SAW

Muqaddimah:

Pepatah mulayu “ Melentur buluh biar dari rebungnya” adalah satu bidalan yang tidak boleh diterima jika dikaitkan dengan orang bukit dari kalangan BADWI di zaman Nabi kerana diantara mereka ramai yang telah tua dan mementang nabi habis habisan, lantaran tarbiah Nabi lah yang telah merubah mereka dari bersifat kebinatangan menjadi sahabat Nabi yang sehidup sematinya ikhlas kerana Allah dan RasulNya, rahsia kehebatan tarbiah Nabi sebenarnya tersimpul dalam kurikulum yang dipimpin oleh Allah.

KURIKULUM TARBIAH NABI

TAUHID: boleh rujuk surah الإخلاص
Memastikan dengan penuh kesedaran dan yakin bahawa yang bersifat MAHA hanya satu ( Allah) sahaja dan selainnya karut dan batil. Nabi bertungkus lumus selama 13 tahun di Makkah menanam benih tauhid kepada masyarakat. Tauhid adalah berbentuk ghaib ( metafizik). Segala yang ghaib hanya boleh dicapai dengan tahap YAKIN. Tahap yakin pula hanya boleh dicapai dengan memiliki ilmu dan bertindak iaitu beriman dan beramal.

Contoh tahap penuh yakin: Ketika Nabi Ibrahim akan dilontar kedalam api, ketua malaikat yang menjaga angina dan ketua malaikat yang menjaga api memujuk Nabi Ibrahim agar menerima tawaranya untuk memadamkan api. Tapi nabi Ibrahim terus bergantung dengan Allah “حسبي الله ونعم الوكيل و لا حول لا قوة إلا بالله “cukuplah bagiku Allah sahaja dan dialah sebaik baik pelindung, tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah sahaja”.

Tauhid tempatnya di hati. Maka hati purlu dibersihkan dari daki2 dan karat2 dunia. Nabi mengendalikan pentadbiran dunia ini berasaskan kepada dua:

Kebersihan hati
Perundangan dansyari’atnya




KESAN TAUHID:

Bila keyakinan sudah terpaku di dalam hati maka hati tidak lagi akan merasa apa-apa kebimbangan, datanglah apa saja tipu daya dari syaitan, iblis maupun manusia, ia laksana ular tedung yang sudah hilang bisanya, jika terdapa juga gangguan dan tipudaya dari tiga makhluk tadi, sudap pasti ia dapat atasinya dengan TAUHID yang mantap didada.

Tetapi jika di qamus hati masih ada perkataan ragu, bimbang, pengecut yang tidak bertempat, bakhil, maka fahamlah bahawa kita belum mencapai tahap YAKIN lagi tapi sekada tahu sahaja. Sedangkan semua jamiman Allah sama ada dunia atau akhirat hanya untuk orang MUKNIN yang YAKIN sahaja. Jika kita hanya sekadar tahu dan tidak YAKIN maka doa kita agar bersama As-Siddiqin, Al-Soolihiin, as-syuhada kerana kita masih ditahap secular bersama golongan مغضوب yang dimurkai dan golongan الضالين sesat.

KERASULAN ( بعثة النبوة )

Menentukan dengan penuh sedar dan cukup yakin bahawa Allah telah mengtaqdirkan betapa alam seluruhnya diperintah dan ditadbir oleh Nabi khasnya Nabi Muhammmad saw. Kalau sebuah rumah yang kecil saja perlukan seorang ketua, begitulah juga dengan organasasi lain seperti masyarakat dan Negara malah dunia ini memerlukan ketua dan Nabi Muhammad adalah insan yang palimg layak dijadikan ketua. Al-Quran dan Sunnahnya pula yang paling layak dijadikan pedoman dalam hal2 yang berkaitan dengan dunia dan akhirat.

Kerja mentadbir dunia bukan sesuatu yang remeh temeh, kerana alam dunia penuh dengan segala jenis kehidupan, keujudan dan dipenuhi dengan berbagai ragam dan warna, maka Nabi Muhammad saw telah ditugaskan dengan kerja dan tanggungjawab yang berat ini. Nabi diutus membawa rahmat sekelian alam, Justeru itu Islam tidak mengiktiraf adapt resam atau budaya sebagai kata pemutus, walaupun adapt itu diterima sejak dahulu kala. Wala’ dirujuk kepada sunnah Nabi.

Falsafah pemerintahan Islam pula tidak bermula dengan laungan pembangunan ekonomi atau keadilan social budaya tetapi berasaskan kepada kefahaman yang jelas tentang tujuan hidup, dari mana kita datang ? tujuan apa kita didatangkan kesini ? dan kemana kesudahan selepas hidup ?

KESAN DARI NUBUWWAH:

Urusan mentadbir dunia dengan segala karenahnya, bukan urusan yang mampu dilakukan oleh orang sebarangan, yang dilakukan ala kadar dan semahu kehendak nafsu, tetapi urusan itu hendaklah dikendalikan oleh insan yang BERIMAN – YAKIN yang penuh dengan rasa tanggungjawab. Tugas membersihkan hati dari sifat2 yang tercela dan dari kekaratan jahiliyyah bukan satu tugas yang simplistic atau irtijal, tanpa ada manhaj yang khusus. Tugas-tugas itu mesti diambil dari manhaj rabbani dengan peantaraan mu”jizat Al-Quran, sebagai contoh Al-Quran diturunkan selama 23 tahun adalah sebagai bukti jelas manhaj Allah menterbiyyah manusia setahap demi setahap sehingga menjadi insan kamil.

TENTANG QIYAMAH (HARI AKHIRAT)

Menentukan dengan penuh sedar dan dengan tahap keyakinan yang tinggi bahawa setiap kehidupan dan segala benda bernyawa akan berakhir dengan kemusnahan atau kematian, demikian juga dengan alam semesta dan segala isinya akan berakhir dengan qiyamah.

Dunia dan segala kelengkapan isinya tidak bererti langsung, jika tiba2 berakhir tampa sebarang kesimpulan. Jadi, sudah pasti ada perkara baru yang menampakkan kebijaksanaan Allah sebagai Pemilik ala mini iaitu mengujudkan Mahkamah Rabbuljalil diakhirat kelak bagi menentukan hala tuju dan kesudahan manusia semasa ia berlegar di bumi.

Tarbiyyah Nabi tidak pernah lekang dengan sentuhan tentang qiyamah, menjelaskan suasa padang mahsyar yang terlalu ngeri, bengis dan menyayat hati. Semua ini perlu diperhati dan dihayati dengan penuh keinsafan dan tanggungjawab.

Hari batu masyarakat Makkah pada zaman Nabi diutuskan hanya tahu adanya Allah tetapi meraba2 tentang hidayat dan syari’at justeru meraka menjadi orang yang mensyirikan Allah. Hal2 qiamah dipermainkan oleh mereka.

Ternyata tarbiyyah Nabi yang bermula dengan keampuan aqidaqh (tauhid) dan menyakini sungguh2 tentang al_ghaib (metafizik) sampai kepada alam akhirat yang pasti ditempuhi, jelas cara pendekatan yang sebegini merupakan penawar kepada pelbagai penyakit dan penyelewengan yang lahir dari hari yang kurang berfungsi. Sebagai contoh:

Nafsu meninbunkan harta sebagai matlamat hidup (nafsi ini tempatnya neraka) Tetapai jika hatinya penuh dengan ketauhidan dia akan mengajak kepada tarbiyyah menginfakkan harta, kesanya:

Mendidik hati bersih dari daki kesekut
Mengajar manusia berhati2 dalam berbelanja
Mengajar manusia mengharap rezki Allah dengan bersedekah
Melepaskan diri dari dimamah gerhang gerhang ganas di neraka

Kemudian, yang bernafsu besar lantas berlagak sebagai tuhan:
Alah pula mengingatkan agar manusia seperti itu tahu bahawa kepada Allah lah tempat mereka kembali walaupun di dunia ini mereka merasa tidak perlu bimbingan dan hidayah Allah.

KWSIMPULAN:

Tarbiyyah Nabi berkaitan dengan al-hasyr dan an- nasyr adalah sehingga:

Manusia benar2 yakin adanya hidup selepas mati, sepertimana mereka
Melihat pusingan hidup di dinia ini sili berganti.

Manusia benar2 yakin Allah yang maha bijaksana tentu tidak akan
Membiarkan alam yang penuh sophisticated ini berakhir tanpa sebarabng
Soal jawab dengan penjawat khalifah di dunia.

Manusia benar2 boleh meletakkan harapan terhadap keadilan Allah,
Kerana dia bukan kaki rasuah, judi, ugut, perempuan, seleweng,fitnah
Dan ananiyyah (kepentingan diri)

Manusia benar2 merasa kenikmatan dengan janji2 Allah di syurga yang
Sedang menanti bagi sesiapa yang mahu menggadai hidupnya penuh Ikhlas hanya untuk Allah semata-mata

Friday, January 16, 2009

SURAH الليل

PENGENALAN.

Surah الليل yang bermaksud malam adalah surah yang ke- 92, mempunyai 21 ayat. الليل adalah surah مكية kerana ianya turun di مكة المكرمة .

SEBAB-SEBAB TURUN AYAT (أسباب النزول )

أسباب النزول surah Al-Lail ini terdapat beberapa situasi yang berlainan mengikut riwayat-riwayat yang dikemukan di dalam kitab yang berkaitan dengan asbab an nuzul, pertama dikemukakan oleh Ibnu Abi Hatim dan yang lainnya dari Al-hakam bin Abban dari Ikrimah yang bersumberkan dari Ibnu A’bbas, bahawa seorang pemilik ladang kurma yang bakhil, mayang kurmanya terjulur ke sebelah rumah jiran yang fakir dan mempunyai ramai anak. Pemilik ladang kurma itu tidak membenarkan anak2 jirannya mengambil buh-buah kurma yang gugur dihalaman rumahnya, malah aia merampas kembali jika terlihat anak-anak fakir itu memungut kurmanya. Justeru si fakir itu mengadu kepada Nabi s.a.w.

Situasi kedua pun dari Ibnu Abi Hatim tetapi sumbernya adalah ari ‘urwah meriwayatkan bahawa ayat 17- 21 adalah tentang Abu Bakr As-Siddiq yang telah memerdekankan tujuh orang hamba yang disiksa oleh pemiliknya, maka ayat 17- 21 turun sebagai janji Allah kepada hamba-hambaNya yang dermawan yang menginfakkan harta bendanya ke jalan Allah.

Diriwayatkan pula oleh Al-Hakim dari Amir bin Abdillah yang bersumber dari bapanya yang bernama Zubair, Bahawa Abu Qafahah (ayah abu Bakr ) berkata kepada Abu Bakr “ Aku melihat engkau memerdekakan hamba-hamba yang lemah, sekiranya engkau memerdekakan hamba-hamba yang kuat, pasti mereka akan membelamu dan mempertahankanmu. Abu Bakr berkata “ Wahai bapaku, akumengharapkan apa yang ada di sisi Allah, maka turunlah ayat yang berkenaan dengan peristiwa ini iaitu ayat 5-21.

A-Bazzar yang bersember dari Ibnu Zubair menyatakan pula ayat 19-21 turun berkenaan dengan keperibadian Abu Bakr yang dermawan



PENGAJARAN

Diawal surah kita diterapkan dengan betapa mahalnya nilai waktu dengan kalimah yang diawali dengan واو القسم yang membawa pengertian demi. Unggkapan ayatnya “Demi malam apabila di kelam” disambung dengan “Demi siang apabila dia terang. Ayat-ayat A-Quran yang dimulakan dengan واوالقسم menunjukkan bahawa masa iaitu siang dan malam yang beredar silih bergantinya ini terlalu mahal harganya yang tidak boleh bandingkan dengan emas atau lainya. Sama pentingnya antara gelap dan terang, dimana peredaran masa itu sangat-sangat diperlukan oleh manusia dan haiwan yang hidup. Siang yang bercahaya boleh dimanafaatkan dengan bekerja untuk mencari rezki, Malam pula masa untuk insan menyatakan kesyukuranya kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat.

Allah pernah bersumpah masa, dalam surah العصر yang mafhumnya, “Demi masa manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beiman dan beramal soleh”. Jelas lah bahawa masa siang dan malam yang diperuntukan kepada kita janganlah sama sekali disia-siakan, hendaklah diisi dengan perkara2 yang menjurus kepada kesejahteraan dunia dan yang ulanya ialah kesejahteraan di akhirat.

Setelah kita penuhi tuntutan “masa” dengan memenafaatkanya dengan semaksima mungkin, Allah meletakkan beberapa syarat penting untuk insan yang beriman itu merealisasikannya demi untuk mencapai kesejahteraan di dunia maupun di akhirat, pertama, bersikap pemurah kepada sesama insan yang fakir dengan menghulurkan bantuan yang diperlukan, kedua bertaqwa, sterusnya memelihara hubungannya dengan Allah dengan melaksanakan ibadat2 difardukan ke atasnya, ketiga mengakui adanya nilai2 baik di dunia ini yang terpuji oleh seama manusia. Jika ketiga2 konsep ini dipegang teguh maka Allah berjanji yang termaktub dalam ayat 7: Mafhumnya “ Maka akan Kami mudahkan dia kejalan yang mudah”.


Kemudian kecelakaan kepada orang yang bersikap bakhil (kedekut), enggan membelanjakan harta sebagai “amal jariah”, kemudian ancaman kecelakan kepada orang yang merasa serba mencukupi yang tidak perlu lagi menerima pertolongan orang yang diungkapkan dengan kalimah استغنى , kerana yang besikap begini takut dan risau kalau-kalau ia kena pulah membalas budi orang. Begitu juga orang yang tidak percaya bahawa di dunia ini terdapat nilai-nilai kebaikan, iaitu kebaikan berinteraksi sesame manusia, kebaikan perhubungan hamba dan al-khaliq, kesemua kebaikan yang ditemui di dunia ini sekali lagi akan diketemukan di akhirat.

Kesimpulan dari beberapa pengajaran yang terdapat dalam surah ini akan berhasil dengan adanya dalam diri sesorang niat yang ikhlas untuk mencapai keredaan Allah. Ibnu Jarir menafsirkan ayat 21 “ ولسوف يرضى “ yang bermaksud “Dan akan redalah Dia” , Allah akan reda kepada orang yang membelanjakan hartanya untuk menunaikan hak Allah, samaada dengan berzakat atau sedekah. Kerana dengan infak itu menyebabkan harta yang masih tinggal menjadi bersih, di akhirat kelak ia akan menerima ganjaran seperti yang dijanjikan. Ayat tersebut juga tersimpan janji mulia, bahawa hamba itu akan dapat sekelian apa yang diingini dengan sempurna dan indah disisi Tuhannya.

Pandangan Ibu Kathir dalam kitab tafsirnya menyimpulkan bahawa, bukan seorang atau dua ahli2 tafsir beroendapat bahawa ayat-ayat dalam surah ini yang menjadi pimpinan umum bagi seluruh manusia yang beriman yang contoh dan tauladannya pada diri Abu Bakr As-Siddiq, dia membenarkan dan menerima seruan Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh jujur, dengan tidak ada sidikitpun keraguan sejak mula ia memeluk islam.Dia sangat bertakwa, pemurah, hartanya dibejalanjakan demi untuk menyatakan ketaatan kepada Allah. Maka sewajarnya kita yang beriman mencontohi keperibadian para sahabat dalam erti kata : سمعنا و أطعنا “Kami dengar dan kami patuh”.

Tuesday, January 13, 2009

SURAH التكاثر


PENGENALAN SURAH

Surah ini diturunkan di مكة المكرمة, oleh itu diketogerikan sebagai surah مكية yang mempunyai 8 ayat. التكاثر bermaksud bermegah-megah. Turunnya surah ini sebagai teguran dan peringatan dari Allah s.w.t. tentang sikap manusia yang suka bermegah-megah, dimana sikap demikian bertentangan dengan fitrah manusia yang bergelar hamba kepada الخالق( Yang Maha Pencita ).

SEBAB TURUN AYAT (أسباب النزول )

Diantara lapan ayat yang terkandung dalam surah ini, hanya ayat a hinggg 4 yang terdapat أسباب المنزول . Diriwayatkan dari Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu Buraidah bahawa ayat-ayat ini turun berkaitan dengan 2 qabilah Ansar, Bani Haritsah dan Bani Harts yang masing-masing menyombongkan diri dengan kekayaan dan keturunan dengan saling bertanya: “Apakah kalian mempunyai pahlawan yang gagah dantangkas seperti si anu” . Kemudian mereka bermegah-megah pula dengan keturunan dan kedudukan orang yang masih hidup dikalangan mereka. Kemudian mereka pergi ke kuburan dengan tujuan bermegah-megah atau menyombongkan diri dengan pahlawan-pahlawan mereka yang telah gugur dengan menunjukkan kuburnya.

Di dalam riwayat yang lain dari bahawa dari Ali bin Abi Tolib pernah berkata: “ Pada mulanya kami sangsi tentang siksa kubur setelah turunnya ayat 3 dan 4 dalan surah ini hilanglah dari kami kesangsian itu. Ibnu Jarir yang bersumberkan dari Ali bin abi Tolib.


PENGAJARAN.

Sikap bermegah-megah dan sombong boleh menyebabkan seseorang itu lalai, lengah dan berpaling dari tujuan hidup yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan mengakibatkan hilangnya kesucian jiwa dan kecerdasan aqal untuk memikirkan hari depan iaitu alam akhirat. Apabila keakhiratan tidak lagi menjadi tumpuan utama, menjadikan sesorang itu lupa akan perhubungan dengan Tuhannya yang Maha Pencita seluruh alam dan mencipta manusia. Kelalaian dan berpaling dari jalan yang hak itu kerana manusia terpedaya dengan kemegahan harta benda, keturunan dan sebagainya sehinnga kebanggaan dan kesombongan itu diterjemahkan kepada sesama manusia. Kehidupan yang terpedaya dengan harta kekayaan, kemegahan samasekali bukan dari perbuatan yang terpuji. Kelak manusia yang bersikap demikian akan mengetahui bahawa sikap itu tidak memberi sebarang faedah. Kemegahan dan kekayaan tidak samasekali dapat menolong seseorang itu didalam kehidupan akhirat.


Pengajaran kedua adalah berkaitan dengan a’qidah yang menyentuh berkaitan dengan beriman dengan yang ghaib, jelas sekali surah ini menyangkal pandangan sesetengah orang yang sangsi dengan adanya siksa kubur, atau mereka ragu tentang adanya alam kubur dan suasana yang akan dialami oleh orang yang berada didalamnya. Maka besaksikan surah ini maka siksa atau selamat di alam kubur itu adalah benar, mempertikaikanya boleh merosakan a’qidah.

Ketiga tentang segala nikmat kurniaan Allah s.w.t. Berkata Ibnu A’bbas: “ Bahkah nikmat kesihatan badan, pendengaran dan penglihatan pun akan ditanya bagaimana dan kemana ia pergunakannya. Ibnu Jarir mengatakan;” Seluruh nikmatlah akan dipertanggungjaabkan, akan ditanya, tdak bebeza apa juapun nikmat itu. Qatadah pula mengakatan: “Allah akan bertanya kepada hamba-hambaNya bagaimana ia menggunakan nikmat-nitmat itu dan bagaimana ia memberikan haknya. Oleh yang demikian kita sebagai hamba hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat itu disamping menggunakannya dengan jalan-jalan yang diredai Allah sahaja.



Thursday, January 8, 2009

SURAH الإخلاص

PENGENALAN SURAH الإخلاص

Surah ini diturunkan di مكة المكرمة yang mengandungi empat ayat-ayat pendek tentang keesaan Allah s.w.t , diturukan kepada Rasulullah Muhammad s.a.w untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda oleh kaum musyrikin dan yahudi ketika itu.

SEBAB TURUN AYAT ( أسباب النزول )

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi. Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dari Abi ‘Aliyyah yang berseumberkan dari Ubay bin Ka’ab, bahawa terdapat satu peristiwa dimana kaum Musyrikin Makkah menggesa Rasulullah untuk menjelaskan kepada mereka tentang sifat-sifat Allah, kaum Musyrikin berkata “Terangkan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu”.

Selain dari pweristiwa itu, kaum Yahudi juga mengadap Rasululah s.a.w, diataranya ialah Ka’bubnul ‘asyraf dan Hay bin Akhtab ,mereka berkata “Hai
Muhammad lukiskan kepada kami sifat-sifat Tuhan yang mengutusmu”. Peristiwa ini diriwayatkan oleh Ibu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas. Pun juga diriwayahtkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Qotadah dan Ibnu Munzir bersumber dari Sa’id bin Zubair, dengan riwayat ini Sa’id bin Zubair menegaskan bahawa surah ini Madaniyyah.

Dalam riwayat yang lain dari Ibnu Jarir yang bersumber dari Qotadah menyebut bahawa kaum Ahzab berkata “ lukiskan sifat Tuhanmu kepada kami”. Maka datang lah Jibril menyampaikan surah ini sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh mereka.

PENGAJARAN

Surah الإخلاص walaupun hanya mengandungi empat ayat yang pendek, ianya mudah dibaca dan mudah difahami bagi manusia yang memiliki ‘aqal ( ulul al-bab ). Permulaan ayat ini dengan menggunakan kata perintah iaitu Qul ( قل ) yang mana merupakan satu penegasan dari Allah s.w.t tentang tunjang a’qidah atau puncak keimanan bahawa yang dipertuhankan itu hanyalah Dia iaitu Allah. Tiada ada Tuhan lain selain Dia. Esa atau Tunggal dan tiada ada sebarang sekutu bagiNya, dan tiada sauatu apa pun yang menyamai atau menyerupai, serta tiada pembantu-pembantuNya.
Maka dengan pengakuan hati yang sedemikan yang tidak ada sebarang keraguan, pengakuan atau kepercayaan sedemikianlah yang dinamai TAUHID.

Abu Harairah pernah menafsirkan ayat 2 yang bermaksud “Allah tempat makhluk bergantung ‘ dengan pengertian bahawa segala sesuatu ini adalah ciptaan Allah, dengan sebab itu makhluk (yang dicipta) memerlukan atau berkehendak kepada Allah, berlindung kepadaNya, memohon kepadaNya, sedang Allah tidak sama sekali memerlukan suatu apa pun dari makhluk.

Jelas sekali jika kita perhatikan dengan minda yang ulul al-bab terhadap kalimah أحد yang membawa erti yang padat dang tegas iaitu Esa sudah cukup dengan kalimat itu menafikan bahawa Allah tidak mempunyai anak atau Dia diperanakkan seperti anggapan sesat oleh kaum Nasrani atau Masehi, serta turut menafikan bahawa tiada ada sesuatu apa jua pun yang setara atau sebanding denganNya. لا كمثله شيئ .

Imam Al-Ghazali pernah menulis dalam kitabnya Jawahir Al-Quran bahawa kepentingan Al-Quran itu ialah untuk ma’rifah kepada Allah dan ma’rifah kepada adanya hari pembalasan serta ma’rifah kepada as-sirot al-mustaqiim. Maka surah Al-Ikhlas mengandungi salah satu dari ma’rifah yang tiga ini, iaitu ma’rifat kepada Allah dengan jalan menyucikanNya, mentauhidkannya dari berbagai rupa kepercayaan golongan-golongan sesat Nasrani dan lain2 idologi yang bertentangan dengan apa yang dimaksudkan dalam surah ini.

Bagi Ibnu Al-Qayyim, beliau menulis dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad bahawa surah Al-Ikhlas mengandungi tauhid I’tiqod dan ma’rifah yang wajib dipandang tetap teguh kepada Allah menurut aqal murni, iaitu Esa. Menafikan dari bersyarikat atau bersekutu, serta Dialah Allah tempat pergantungan yang tetap yang memiliki segala sifat kesempurnaan, tidak pernah berkurangan dari espek apapun. Nafi terus tiada beranak atau diperanakkan, kerana kata beliau, jika kedua-dua ini ada, maka Dia bukan lagi tempat pergantungan dan tercemarlah keesaanNya.

Kesimpulannya Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa, menegakkan a’qidah ialah dengan ilmu, persedian ilmu hendaklah sebelum beramal, sebab ilmu itu adalah iman, petunjuk jalan sebagai hakim yang membuat keputusan dimana tempat seorang hamba itu dan sampai kemana, Maka surah Al-Ikhlas ini adalah sumber atau punca ilmu tentang a’qidah, sebab itu Nabi pernah menyatakan bahawa surah Al-Ikhlas menyamai sepertiga Al-Quran.