Wednesday, December 31, 2008

RIWAYAT HIDUP ULAMA TERKENAL
ABDUL QADIR AUDAH
Al-Ustaz Abdul Qadir Audah ( al-marhum) adalah seorang putera Mesir yang hidupnya sangat sederhana, tidak suka hidup mewah dan hatinya sangat bersih, semasa mudanya, hati dan peribadinya amat anti terhadap segala kemungkaran dan kemaksiatan.
Pada tahun 1930 M ia menjadi geraduan dari kulliyah huquq (fakulti Hukum) dan beliulah satu satunya lulusan fakulti tersebut yang langsung dilantik sebagai anggota parlimen dan merengkap sebagai hakim.
Perhatiannya kepada bidang hukum lebih besar, oleh kerana itu walaupun ia sebagai anggota parlimen, namum waktunya selalu dipergunakan untuk mendamaikan segala persengketaan yang berkalu ketika itu.
Di dalam parlimen ia bertemu dengan Al-Ustaz Hasan Al-Banna yang juga menjadi anggota parlimen, pemikiran dan pendapat selalu mempunyai persamaan, iaitu dauliyyah islamyyah menjadi asas perjuangan mereka berdua.
Kemudian ada usaha-usaha dari pemerintahan sa'ad Zaghlul yang dibantu oleh inggeris untuk menjatuhkan Hasan Al-Banna, bahkan usaha jangan sampai ia terpilih lagi sebagai anggota parlimen. Maka dengan diam-diam Abdul Qadir Audah pergi bersendirian ke wilayah Ismailiyyah, disana ia berpidato dengan penuh semangat merengsang semula roh rakyat supaua mereka dapat memberi sokongan dalam pemilihan umum dengan bebas., dan ia bersedia memberikan pembelaan dan perlindungan dari segala pihak yang mengganggunya, sekalipun datangnya dari pihak pemerintah sendiri.
sebahai Hakim, Abdul Qadir Audah terkenal sebagai orang yang berani dalam menegak kebenaran dan kemited terhadap segala perkataan dan perbuatan, maka pada suatu ketika pernah diajukan kepadanya perkara yang berkaitan dengan Ikhwan Muslimin dengan pihak pemerintah, dengan tegas ia menyatakan, memutuskan bahawa sekatan sekatan yang dikenakan terhadap Ikhwan Kuslimin adalah salah yang tidak berdasarkan undang undang negara.
Tahun 1951 ia diminta oleh warga Ikhwan Muslimin supaya memusatkan perhatiannya kepada dakwah Islam dan membantu Hasan Al-Banna dalam pegerakan Ikhwan Muslimin, permintaan itu diterima oleh abdul Qadir, Semua jawatan dalam kerajaan dilepaskan, kemusian dimulainya dengan mendirikan perpustakaan yang beroriantasikan bidang perundangan atau hukum.
Maka tidak lama kemudian bintangnya terserlah sehinga mengalahkan sarjana2 undang2 lainnya. Dimasa pemerintahan Jendral Najib ia dilanti sebagai anggota Perancang Undang-Undang Nasaional Mesir, maka dengan penuh ketekunan ia berusaha untuk menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan negara,
Tahun 1953 pemerintah Libya memberi kepercayaan kepadanya untuk menggubal undang-undang dan perlembagaan negara Libya berdasarkan nas-nas Al-Quran. Tahun 1954 dengan kuasa pemerintah Gamal Abdul Nasir Mujahid terkenal ini dihukum gantung, kerana gerakan perjuangannya tidak kenal erti takut dalam menegakkan hukum Allah, hukum Al-Quran sebagai satu-satunya hukum yang kekal abadi.
Kekejaman Gamal Abdul Nasir diterimanya dengan lapang dada dan bertawakkal. Maka sewaktu keluar dari penjara untuk ke tali gantung, kelihatan wajahnya berseri seri tanda keiklasan, sebulum menjejakkan kaki ketiang pergantungan ia masih sempat meluahkan kata2 kepada sidang hadirin yang menyaksikan peristiwa kejam dan terkutuk itu dengan suntikan semangat perjuangan yang berterusan walaupun ianya sudah tiada. dalam untaian kata-kata yang terakhir itu ia menyatakan:
"Darahku akan melaknat tuan2, sedikitpun aku tidak ragu dan tidak bimbang, apakah aku mati ditempat tidur, ataukah aku mati di medan perang, aku mati ditahanan ataukah aku mati dalam kebebasan, sebab aku akan bertemu dengan Tuhanku."
Mudahan roh beliau ditempatkan ditempat yang layak, amalnya diterima Allah, sejarah perjuangannya dapat membangkitkan semangat mujahidin " diantara orang2 mukmin, ada sekelompok manusia yang benar2 telah berjanji kepada Allah untuk berjuang, diantaranya ada yang telah kembali ke Rahmat Allah dan sebahagiannya masih menanti"
(Al-Ahzab:23)

No comments: