BERKATA IBNU MAS’UD
Dirawikan oleh Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu majah.
Maksudnya: Dari Abdullah bin Masu'd r.a berkata dia, barang
siapa yang rindu hendak berjumpa dengan Allah kelak sebagai
seorang muslim, maka hendaklah ia memelihara solat-solatnya
itu, seketika ia diseru kepadanya (azan), sesungguhnya Allah
telah mensyari'atkan bagi Nabi kamu s.a.w apa yang dinamai
sunanil huda, maka ini semua (solat berjemaah) adalah sunal
huda, jika kamu solat di rumah2 kamu, sebagai mana solat
orang yang terkebelakang di rumahnya itu, maka kamu telah
meninggalkan sunnah Nabi kamu, dan kalau kamu tinggalkan
sunnah nabi kamu sesungguhnya kamu telah sesat.
Kadang-kadang bila difikirkan, kita terasa teramat hairan, kenapa
apabiladatang ramadan orang ramai berpusu pusu ke masjid dan
musolla hanya semata2 hendak solat tarawih, sedangkan solat
fardu yang lima yang dituntut solat secara berjamaah di masjid
boleh dianggapkan terlalu amat berkurangan sambutan dari umat
Islam jika dibanding dengan solat tarawih, sedang solat tarawih
itu sunat dan boleh saja ditunaikankan secara bersendirian
di rumah, lainlah bagi orang yang sentiasa solat berjemah sepanjang tahun.
Intisari ilmu yang terkandung dalam athar sahabatdi atas, menunjukkan bahawa solat fardu berjamaah adalah amat2 dituntut (khas untuk
lelaki) sehinggakan siapa yang tidak melaksanakannya dianggap
sebagai orang yang meninggalkan sunnah nabi dan boleh men
jurus kepada kemunafikan. Unggapan sunanil huda di dalam kata-kata
tersebut bermaksud mendirikan solat berjamaah di masjid atau
surau, dimana menyerunya ialah mu'azzin yang mengajak musli
min supaya bertandang kemasjid sebagai temamu Allah dan
menunaikan solah secara berjamaah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment