Wednesday, March 11, 2009

PERINGATAN KEPADA UMAT ISLAM

Sempena menyambut hari kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w yang merupakan Rasul terakhir bagi umat akhr zaman, baginda merupakan tokoh kepimpinan ummah yang tiada tolok bandingnya, yang wajib dijadikan teladan dan pedoman dalam segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan kita di dunia ini, oleh yang demikian bersama ini ada beberapa peringatan untuk kita renungi bersama, dimana, sudahkan kita jadikan diri kita dan keluarga kita atau kehidupan kita dengan acuan atau tuntunan Allah dan RasulNya.
Sudahkan kita pelajari ilmu-ilmu yang difardukan, andainya sudah, apakah ilmu yang kita miliki itu kita jadikan amalan, cintakah kita kepada Allah dan RasulNya, cukupkah dengan hanya mengingati sambutan Maulud dengan mengadakan jamuan, perarakan dan sedikit ceramah sudah memberi tanda bahawa kita mencitai Allah dan Baginda Rasullullah s.a.w.
Ketahuilah bahawa kita sedang berada dalam keadaan dan suasana masyarakat seperti yang pernah digambarkan oleh rasulullah, iaitu satu zaman yang amat digeruni oleh Baginga iaitu akhir zaman, dimana di zaman itu berlaku pelbagai perkara yang bertentangan dengan sunnah Alah dan RasulNya.
1. Solat diabaikan, atau diringan-ringankan dan ada yang terus tidak melakukannya, dan ada sebahagiannya yang solat apabila ada masa yang terluang. Masjid dan musolla jarang melepasi 2 saf kecuali ada majjlis2 tertentu diadakan dikedua tempat tersebut, bila azan berkumandang lihat saja manusia yang bergelar muslim disemua peringkat umur masih berda di pusat2 membeli belah, dipadang permainan, di taman reakrasi dan lain-lain, apakah hati kecil mereka sudah tidak tersentuh lagi dengan suruan حي على الصلاة حي على الفلاح ataukah mereka menunggu sisa-sisa waktu yang tiada berkepentingan untuk dirinya, barulah diwaktu yang tersisa itu mereka berdiri untuk solat.
2. Orang-orang yang beriman hidup dalam keadaan hati dan jiwa mereka tertekan dan merintih terhadap gejala maksiat yang tak kunjung reda disekeling mereka, hati mereka hancur lulur tetapi tidak mampu mencegahnya, bagi yang termampu pula sibuk dengan urusan kedunian, pemerintahan, sehinga tenggungjawab mereka untuk mencegah kemungkaran diabaikan. Maka jadilah Islam itu tidak ramai yang membelanya, mengamalkannya, menyebarkannya dengan menyatakan dengan tegas diantara yang hak yang batil.
3. Jika ditinjau Islam masa kni dalam sutut zahiriahnya, banyak sekali kitab suci Al-Quran dicetak dengan sebegitu indah dan bewarna warni, tapi ianya hanya dijadikan hiasan di daalam almari perpustakaan, yang lebih malang ditulis ayat suci itu dengan khat yang cantik untuk digantung sebagai memenuhi selera mata, tidak ramai yang menatapinya dan jauh sekali untuk memahaminya, kelas2 al-Quran, Ma'had2 tahfiz dan macam2 institusi yang berkaitan Al-Quran ada dimana-mana, pertandingan2 dianjurkan, selayaknya umat Islam kini telahpun mampu untuk menegakkan hukum2 Allah di bumi ini kerana dengan program2 tadi semestinya menjadikan umat dewasa ini memahami kitab suci itu dengan sepenuhnya.
4. Keinginan hawa nafsu tumbuh seperti cendawan dimusim hujan, saolah-olah ianya satu galakan, lihat saja iklan2 di media massa yang menjadikan wanita sebagai tarikkan dengan pakaian dan solekan yang terkeluar dari garisan akhlaq Islam maupun adat. Majalah2 yang menjurus kepada keruntuhan tamaddun bersepah menjadi bahan dagangan untuk mengaut keuntungan tanpa mengira kesan yang mendatang, filem barat yang ada unsur2 keganasan dan sex menjadi tontonan yang tidak ada sifat segan silu, malah vcd2 ,majalah lucah mudah didapati sehingga ianya boleh dimiliki dengan hanya menggunakan telephon bimbit.
5. Sebahagian manusia yang tidak berakhlaq dinobat menjadi pemimpin, disanjung, dipuja dan ditutup rapi keiabanya sehingga tiada siapa yang mampu mendakwanya, Sebahagiannya pula jahil tentang hukum hakam, justeru banyaklah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang salah lagi menyesatkan bagi sebahagian pengikut yang juga jahil.
6. Kebenaran menjadi samar kerana perbuatan tangan manusia yang berkepentingan, sukar untuk membezakan antara yang hak dan yang batil atau yang halal dan haram, terkadang perkara yang halal dianggap haram dan yang halal dianggap haram.
7. Pembohongan menjadi resepi utama untuk hidup, penipuan menjadi landasan untuk memuaskan keinginan nafsu sarakah, penindasan dan kezoliman tumbuh subur diserata pelusuk dunia. Pada anggapan meraka ini lah satu-satunya jalan atau cara untuk mengekalkan tampuk kuasa dengan membakul sampahkan peradaban, ketamadunan dan kedaulatan undang2.
8. Zakat yang semestinya mampu untuk mengimbangi kedudukan ekonomi dalam ertikata duduk sama rendah tinggi sama berdiri, dianggap satu beban yang amat menyusahkan, maka yang berhak lagi memerlukan untuk menyambung hidup menjadi mangsa sikap kebakhilan yang tidak disedari oleh pelakunya bahawa segala harta yang dimiliki itu adalah anugerah Allah yang sama sekali bukan sepenuhnya menjadi milik peribadi secara mutlak, malah ia wajib kembalikan sebahagiannya kepada Allah mengikut asnaf yang ditentukan.
9. Selain dari itu anak2 menderhaki ibubapa, sehingga ada diantara anak-anak yang sanggup menyerahkan ibubapanya kerumah2 kebajikan, ada yang membiarkan ibubapa mereka terlantar kesaorangan di kampung halaman. Ibu bapa yang melahirkan, membesarkan mereka dengan pnuh kasih sayang, memberi pelajaran dengan mengorbankan harta benda jiwa dan raga sehinnga mereka mecapai mercu kejayaan, akhirnya semua itu hilang dari kotak pemikiran mereka yang tinggal hanya '' menyusahkan mereka lagi terbeban". نعوذ بالله من ذلك .
10. Dosa pahala dianggap ringan, zina, arak, judi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi sebahagian dari cara hidup. Kononnya kemodenan perlu dikecapi sebelum terlambat. Masjid diperbesarkan dan dihias indah tapi tak seberapa yang berkunjung untuk solat, malah ada setengahnya berkunci, ahli jawatan kuasa masjid dlantik dari individu2 yang cetek pengetahaun agama akibatnya fungsi masjid menjadi lesu dan longlai kerana kurang pengisian-pengisian ilmu untuk anak-anak qariah.
11. Yang solat pula dalam masa yang sama melakukan maksiat, semasa solat menutup aurat tapi diluar solat uarat bukan lagi menjadi kewajipan pada anggapan mereka. Riba menjadi sumber pendapatan, kerana bagi setengah angapan ianya adalah jalan mudah untuk mencapai kekayaan.
12. Penyanyi2 wanita bertambah ramai, diperomosikan oleh media massa supaya dipuja dan disanjung, akhirnya menjadi idola remaja yang hasilnya remaja2 menjadi hilang arah dan tersasar jauh dari landasan kebenaran.
Jadi sempena dengan hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w marilah kita berganding bahu tidak kira dimana kita berada untuk menangani gejala-gelala itu dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi sebagai garis panduan dan pedoman adalah lebih baik dari sambutan dengan upacara perarakan dengan pelbagai slogan, perhimpunan yang bercampur lelaki dan perempuan yang tidak membawa kesan apa-apa kepada kita semua
والله أعلم